Assalamualaikum
Setelah lama tak godek blog ni... sekarang ni tengah duk cari info trip akan datang, maka datanglah keinsafan untuk update blog ni serba sedikit. Sebab rasa kagum bila ada orang lain masih semangat update blog tentang trip dengan penuh details seraya memberi faedah ke orang-orang seperti diriku.
Trip Fukuoka sejarahnya simple saja, bila AA buka route baru dan dapat grab return tix dalam RM400 seorang, maka dah tak peduli dunia lalu book sahaja. Nak cari info boleh tahan lelahnya sebab bila AA baru buka route maka Malaysian tak ramai la yang dah pergi Fukuoka. So terpaksa la baca info yang ada di net dan dikumpul serta disatukan menjadi sebuah itinerary seperti ini:
Trip ni 16 - 23 September 2019. Sebab lama so rekaan itinerarinya pun mengambil masa yang lama. Antara preparation before departure adalah seperti berikut:
JR PASS
3 weeks before departure, riki JR PASS.. mula-mula nampak promo kat KLook so beli dulu 1 JR Pass. Sebab masa tu nak due date kad kredit so lagi 2 pass tunggu next bill.
Oh ya untuk yang beli JR Pass kat KLOOK tak perlu Exchange Order ya. Just print voucher KLook dan tukar kat Office JR di sana untuk dapatkan JR pass tu. Nnt masa tukar kena bagitau bila nak activate pass tu sebab JR PASS tu ada yang 3 hari/5 hari kalau Kyushu.
Harga for 5 days kami dapat dalam RM700. Total JR utilized rasanya lebih dari 150k yen campur tolak reserve seat 8 kali mungkin sampai 200k yen. Kalau convert kita dalam RM 7000++.
WIFI + JR PASS
Wifi pon setelah survey harga plus insurance paling ok kat TR. Cuma ada refundable deposit RM200. Patut dah ada insurance takde la deposit ni. Apooo? Masa booking Wifi kat Travel Recommends (TR) diriku telah buat kesalahan sebab tak tengok harga JR dan promo JR pass kat TR. Wahai otak yang genuis! Dah siap booking wifi baru nampak promo kalau beli JR PASS kat TR dan book Wifi atau Simcard boleh jimat RM120. Apa ni??? Ok promo tu Ms Secretary yang baca ya. Setelah gunakan otak genius kami berdua, kami decide utk book JR Pass dan simcard kat TR. Guna promo code yang RM120 kalau campur dengan beli simcard dapat juga jimat lagi RM40. Simcard tu kira macam dapat free ja. Oklah dari tak dapat diskaun langsung kan. I like diskaun.
Ok untuk TR dia akan pos atau boleh pick up Exchange Order (EO). Sebab rumah dekat KLIA so kita p pick up sajalah EO tu. Nnt EO boleh tukar kat JR office di Jepun untuk dapatkan JR PASS.
TIKET BAS TAKACHIHO GORGE
Salah satu tempat yang akan kami pergi adalah Takachiho Gorge. Untuk pergi sini kena naik bas dari JR Kumamoto St. ke Takachiho Bus Center selama 3 jam. Dari bus station ni kena jalan lagi 20 mins nak ke Takachiho Gorge tu. Tiket bas kalau beli return murah sikit 4110 JPY. Kalau beli one way mahal sikit. Kami beli online siap2 tiket kat global.atbus-de.com. Nanti dia akan send tiket barcode macam ni:
TAKAFUL
Two weeks before departure kena beli Takaful Travel la ya. Selalu I beli Etiqa Travel 360 ja kat website ada diskaun. Pilih la yang bersesuaian dengan diri.
BEKAL
Nak kena beli Brahim skit untuk bawa. Walaupun diriku boleh la makan sushi dan onigiri sikit2 tapi rasanya lagi kenyang makan nasi segera dengan Brahim kut. Haha Melayu sangat tekaknya pon.
PRINTING
Sebagai orang yang ortodoks maka semua benda yang dah confirm2 tu I akan print. Haha... Nnt apa-apa senang. Masa lain ok nak save the trees. Bila pergi negara orang ni cuak skit
No comments:
Post a Comment