Thursday 28 November 2013

Popia frozen

Assalamualaikum,

Saya dan rakan dah mulakan perniagaan popia frozen dan popia goreng. Untuk tempahan boleh whatsapp ke nombor 013-4410488. COD area kuala terengganu dan kota bharu. Satu pek 10 biji RM5. Sudi2kan.

Monday 7 January 2013

TRIP GAYA ORANG KAYA 1

Assalamualaikum
Hari ni I nak cerita serba ringkas trip percutian ke Medan gaya orang kaya gitew.. Alkisah Abah I telah mengorganize trip ke Medan untuk orang office dia. Waktu my mom tanya nak join ke tak...I terus bertanya kepada sidekicks...dan mereka terus setuju memandangkan harga dia agak murah..all in RM600 untuk 3 hari dua malam..murah kan?
So..we all bertolak dari Alor Setar ke Perlis dengan menaiki bas...amik orang2 office abah kat sana dan terus bertolak ke Penang..flight dari Penang ke Polonia airport Medan dalam kul 11 rasanya...
Sampai Medan kami disambut tourist guide dan dibawa naik bas untuk g ke rumah makan...lepas makan orang lelaki kena solat Jumaat dulu.....
Keistimewaan rumah makan di Indonesia adalah Surau..sementara orang lelaki solat Jumaat kami pun lepak kat Surau sambil dengar orang2 office abah ni duk mengomel panas sbb pakai baju tebal..kahkah..diorang ingat kita landing kat tempat sejuk..padahal Berastagi tu dalam 4 jam dari Medan....kahkahkah kesian diorang.. hihihi..
Lepas siap diorang kami naik bas..tadi on the way ke rumah makan dah rasa bas panaih semacam. .so dah suruh driver pegi baiki ekon... bila naik bas balik diorang kata dah baiki padahal panas gila..so kiteorang buat rusuhan. .last2 diorang pun tukar bas yg lebih sejuk..tp kecik cam bas mini..kami dalam tu dah macam ikan sardin....hantam sajalah labu dari nk berkuap berjam2 dalam bas..keciknya bas yang baru ni sampai duduk bertindih bahu...haii pengalaman..pengalaman...
Dari rumah makan dia bawak kiterorg ke kedai batik dan telekung... I beli juga batik sepasang..lepas tu dia g ke FO apa ke nama ntah..tapi tu satu2nya FO kat Medan...
From there baru bertolak ke Berastagi... lepas tudo bangun tido bangun diorg berenti makan durian on the way tu....sedap jugak...almaklumlah ada orang belanja...
Kami sampai Berastagi lebih kurang waktu Maghrib..singgah dulu Pasar buah..beli buah2 pelik apa yang patut..then check in dan makan malam di hotel....lepas makan terus bing je... tak buat apa dah sebab kesejukan dah semua...

Saturday 5 January 2013

durian fest..

Assalamualaikum...

Sempena musim durian yang menggelodak 2 bulan lepas.... I dan kawan2 turut sama meraikannya.. yelahkan dah nama orang Malaysia kalau tak makan durian memang rugi der.. Tapi si Avi ni sebenarnya tak makan durian... tahun 2012 ni I telah menyebabkan dia makan durian nampaknya..Walaupun dia blagak cakap dia cuma makan Musang King..padahal durian kat MAHA tu dibelasah jugak kawkaw...

Actually we started our durian fest when we did our road trip to Melaka... kebetulan lalu depan A Famosa tu ada kebun durian.. so the next day we all g makan Musang King di situ dan Avi pun makan..yesss berjaya!

Then after that pegi lagi Melaka..makan kat tempat yang sama... after that pegi balun durian kat MAHA. mula2 durian kampung Avi tak makan..lepas tu g cari Musang King yang sedap yang amat habaq hang....

Lepas tu sambung lagi Festival ke apebenda. kat Putrajaya tu..makan durian kampung...memang full throttle la durian tahun ni....

ish bila duk cakap hal durian ni terliuq plak dah... weh jum p cari durian kat Jalan Dengkil...

Dan kami pun mendaftar

Assalam...

Okey... bila sedang menyetadi maka rajin sangatlah pulak nak update...mmg tulah resam manusia..time senang2 takde pulak nak update...

This is backdated story... Alkisah...setelah setahun plan...maka kami berempat pun diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran..   bayangkan undergrad study sama... post grad dapat second chance... Syukran.. Alhamdulillah...

Tanggal 8 Sept 2012..kami pun mendaftar la bersama2. . week before that dan lagi ni g Medan... ntah rajin ntah tidak nak crita hal Medan tu..sbb gambar dalam laptop..so mmg malas...

Ok..melalut... back to the story.. setelah mendaftar kami mencari rumah... sementara tu..menumpang di rumah Azlong 2 minggu...

Itulah critanya... dan skrg nak abis dah Sem 1... cepat sungguh masa berlalu...

NASI ROYALE AMPANG

Assalamualaikum

Lama tak hapdate... ada reader ke tak pun tak tahu...takpelah... hari ni baru tergerak hati nk download apps Blogger kat google play.... wawawa..ketinggalan der..

Cuma nak kasi tau skrang ni I tersangatlah sebookkkk sbb I sambung study sambil bekerja.... mampu kah ku habiskan? In shaa Allah.. last week dah start exam..altogether three weeks semuanya..Isnin ni ada paper... setelah berhempas pulas menyulur..berkubang bersama nota..ku rasa tertekan..lalu mengajak para sidekick ku p makan nasi royale kat Ampang baq hang...

Sesudah ku gugel..ku ketahui dia buka kui3..lalu kul 3 kami bertolak dari Bangi..lapaq sampai ketaq dah ni..melelong bawak keta..sampai di Ampang Hilir dan lagi makan buah.langsat.. habis semua gugel maps dibuka... 20 minit kemudian baru berjaya dijejaki Nasi Royale Ampang...

So apa lagi..balun la..... kami tiga orang makan RM38.. air excluded sbb tokey lain... Oh one more thing.. Nasi Royale ni terletak di clubhouse Tiara Duta Apartment..harap2 orang lain tak sesat la mcm kami...

Okey till then..cau chin cau..