TENJIN
Masa balik dari Dazaifu kami stop di Tenjin terserempak dengan train yang boleh dine ni...Kalaulah ada halal menu boleh la join juga..diorang duk tunggu siapa lagi nak join..
Stesen Tenjin ni masuk dalam mall, so turun tangga tu terus la boleh masuk mall cuci mata dan cuci dompet sekali...
Keluar dari mall ni kami jumpa Luke Lobster, so singgah makan dulu sebelum pergi kedai Gundam. Walking distance je dari sini..
Ok jom p kedai gundam
After beli Gundam tu macam tak tau nak pergi mana...booking dinner dekat Matsunabe tu pukul 5pm.. so alang-alang ingat nak pergi Nishinjin Shotengai..macam shopping street tu..
Bila sampai... Lepas buat 1 pusingan..sendu nokss tempat ni..mungkin sebab dah warning akan taufan so orang semua berjaga-jaga... Kami decide pusing-pusing kat mall je sementara tunggu dinner time...
After makan, kami kena pergi Rock Shop, souvenir tak beli lagi bohhh...
Siap beli HRC, souvenir lain tak siap lagi. Susah weh nak cari souvenir kat Fukuoka ni. Kami cuba cari di Kawabata Shotengai... Namun bila sampai, nak keluar je stesen Kawabata dah kedengaran pasu pecah dan barang berterbangan.. Allahu.. taufan sampai jua akhirnya. Bila angin stop kami keluar dari stesen dan mendapati Kawabata Shotengai tu dah tutup weeiii... Tak putus asa lagi..kami jalan lagi..dan lagi sampai la ke Canal City sebab bila google kononnya ada kedai tshirt..tapi bila jumpa kedai souvenir tak berpatutan harga dengan kualiti..kedai tshirt yang digoogle pulak takde...
Pusing punya pusing, bila gagal kami decide nak balik je..nk buat mcmana lagi..on the way ke train station tu, nampak 7 Eleven, teringat masih ada pesanan dari Malaysia yang perlu dibeli..malam ni nak packing, so haruslah beli jua.. 7E tu kebetulan seberang sungai.. Masa nak cross jambatan tu kami dengan bunyi macam aeroplane yang sangat rendah.... Time tu kami semua betul2 atas jambatan tengah sungai..bunyi aeroplane tu diikuti angin yang sangat kuat dan diri terasa hampir terbang. Waktu tu terpaksa duduk kat tengah jambatan tu, masa tu baru tau tu bukan kapal terbang, tapi bunyi angin... Syukurlah tak kena terbang masuk sungai..huhu..
Masa balik kami decide nak naik bas je..sebab kalau naik subway kena jalan jauh skit ke AirBnB..kalau datang angin macam tadi mmg cemas wooo. Payung pun terlipat...
Kami naik train ke stesen Hakata dan tunggu bas ke Air BnB memandangkan stesen bas betul2 depan rumah. Masa dalam bas tu, ada satu rempat bas terpaksa break sebab angin lintang..
Pengalaman hari ni memang betul2 beharga.. di Hari Lahirku... Haha
Sampai Air BnB, kami packing dan tidur. Esok kena catch 1st train ke airport. Untuk makluman airport Fukuoka tutup ya waktu malam, jangan pulak dan overnight kat airport.. kang beku pulak kena tido luar. Esoknya hujan masih renyai, tapi taufan dan berlalu pergi ke utara, yang tinggal sisa-sisa taufan yang bersepahan...
SAYONARA FUKUOKA, TILL WE MEET AGAIN, YOU HAVE BEEN NICE TO US ALHAMDULILLAH
No comments:
Post a Comment