Friday 17 April 2015

ACCOMMODATION @ PERTH & WESTERN AUSTRALIA

Assalamualaikum

Jum bercerita mengenai accommodation



1st night in W.A



Cervantes  Lodge.. I ambil 2 bilik for 8 people... Harga adalah (RM694.68 + 50 AUD) yang ni bayar cash upon check in sebab I tambah lagi 2 pax. harga dalam RM tu adalah untuk 6 orang.

Walaupun hostel tapi I rasa tempat ni okey dan tak begitu congested.. Kitchen pun luas untuk aktiviti masak memasak... Pagi-pagi kalau bernasib baik boleh tengok kangaroo datang minum air kat halaman depan hostel...



2nd night 



Malam ni bermalam di Anchorage Guest House, Rockingham.... I ambil 1 apartments and 2 rooms.. apartment tu actually boleh muat sampai 5 orang.. kitchen semua baru, memang sangat recommended tempat ni.. Harga untuk semua adalah 450 AUD... I bayar cash upon check in sebab I booked direct with the guesthouse...


3rd night @ Bunburry



Malam ni we all tido di Dolphin Retreat Bunburry which is YHA hostel.. Harga is RM311.10 + RM 334.72.. Accommodation ni sangat sesuai untuk orang backpackers tapi kalau berfamily bagai memang kureeeng sikit kut sebab ruangnya yang kecil dan congested..kitchen pun macam tak bersih sangat... so mood memasak hilang.. cuma ada satu je bilik yang betul2 sama floor dengan bilik air and toilet.. bilik lain tu kena turun dalam 6 anak tangga kalau nak ke toilet.. ada ruang TV depan bilik we all..so depan bilik penuh dengan orang.. kalau anda backpackers yang suka mingle around..no problem..


4th night @ Augusta Escape


Kat Augusta Escape ni I ambil 2 apartments.. 1 untuk 5 orang satu lagi untuk 3 orang.. actually apartment yang besar tu boleh masuk sampai 5 orang... untuk sesiapa yang nak pegi Cape Leeuwin Lighthouse tu boleh la consider untuk overnight kat sini sebab dekat sangat nak pegi ke Cape Leeuwin tu... so kalau sampai petang..lepas naik lighthouse tu tak perlu terkejar-kejar ke Perth ke apa... boleh duduk Augusta.. Nak check out, dropkey buh dalam kotak je pagi tu. Owner Augusta Escape ni tersangatlah baiknya..abah I tertinggal AUD1.75 ke brapa ntah.. dia siap email I suruh datang ambil... kalau tak nak ambil dia minta kebenaran nk donate kat cancer society yang dia support aja. kalau kat tempat lain haruslah minah/mat housekeeping dah kebas. 



5th night @ Albany Apartments


Albany apartment pun antara yang bersih yang selesa. Tiada complain. 1 booked 2 apartments, a big one for 5 pax and another for 3 pax. Actually ada laundry room kat sini.. siapa yang nak basuh membasuh boleh la jalankan projek laundry boleh la teruskan..malam tu lepas masak kari sejuk sangat malas nak tunggu laundry sampai siap sebab mengantuk kekenyangan... kalau discover lebih awal pasti projek dah berjaya dilakukan malam itew..


6th and 7th nights at City Stay Apartment


Ini bila dah kembali semula ke Perth City, bermalam di City Stay Apartment for 2 nights. Booked tanpa mengetahui bahawa ianya sekentut aja jaraknya dengan Watertown factory outlet (tempat di mana kacau-bilau travel itinerary telah berlaku baca sini balik ). 1 apartment utk 4 pax. Dapur lengkap dan paling berbaloi adalah ada mesin basuh dan dryer skali.. weehooo.. basuh baju back to back lah sepanjang malam tu, sanggup weih... tak penah lagi bawak balik baju yang dah siap basuh dari mana2 travel sblm ni. So masing-masing tido malam tu diselangi irama mesin basuh dan dryer silih berganti lah malam tu adanya.


8th night @ Criterion Hotel

Gambar pon takda sbb tak best sangat hotel ni. 2 bilik standard untuk stay sampai pukul 3 pagi je pon, 3.30pg dah nak check out untuk ke airport. So, malam tu packing semua barang, pergi hantar kereta, balik ke hotel jalan kaki je, makan kueteow goreng kedai tepi hotel dan terus siap sedia untuk tido sekejap sblm check out. Taxi dah mintak receptionist tu booked.

Selesai!

Monday 13 April 2015

KOAY TEOW IMAN ALOR SETAR

Assalamualaikum


Walaupun I ni orang Aloq Staq..tapi tak penah la pulak rasanya I duk review perihal koteow nan glamer plus sedap ni dekat blog I...jum I review..kut-kut sapa-sapa nak singgah Aloq Staq bulih la pi pekena dulu koteow Iman ni seround dua...

Honestly, tiap-tiap kali balik Aloq Staq pastilah I akan berusaha sedaya upaya untuk dinner dekat Koteow Iman ni... Dulu-dulu dia stall kecik saja tapi sekarang dah ada dua kedai..Oh ya selain koteow kat restoran dia ni ada macam-macam... Nasi Ayam pun okay... Roti Arab isa must try sebab gulai dia likat habaq hang... 

Jom tengok gambaq koteow yang menjilat jari ni jom...

Sila tingkatkan keimanan anda...


Ok...kedai dia kat mana? I bagi direction la ye... dari tol Alor Setar Utara..keluaq tol tu traffic light straight ja...pastu anda akan naik 1 flyover....straight lagi..pastu jumpa 1 traffic light..straight lagi.... kemudian anda akan nampak kedai Koteow Iman ni disebelah kanan anda... traffic light seterusnya buat u-turn.. pastu cari parking..pastu jangan lupa lock kereta..cari tempat duduk..order koteow satu teloq ataih... nak goyang tak mau goyang ikut suka..order ayaq ambik dadih satu..eh ke dua dadih? wallah..kenyang....


Jap I nak p cilok gambaq kedai dia kat Google


nilah rupa kedai dia..memang signboard besaq punya duk ada..pasti anda tidak akan terlepas...

Sunday 12 April 2015

HALAL PRODUCT IN WESTERN AUSTRALIA

Assalamualaikum,

I nak share some groceries and products yang halal yang we all beli di Perth.


mostly Halal tapi kena tengok juga ada product yang takde cop Halal... Aiskrim dia pun Halal....
We all pun makan aiskrim jenama Weis..

Avik google Yogurt Halal jenama Jalna...



Mrs Mac tiada cop Halal dekat product dia... so better search dulu kat website and take note the Halal range Mrs Mac punya pie.. Beef tu sedap jugak tp kalau bakar pakai oven lagi sedap kut. We all pakai microwave je sebab tu crust dia tak rangup...


Ayam jenama Steggles... tapi I tengok jenama ni ada yang ada cop ada yang tiada cop Halal...so untuk make sure I cuma beli yang ada cop Halal sahaja...

Jenama Maggi pun ada kat sana... but pilih betul-betul rasanya bukan semua Halal.. Emmm rempah-rempah McCormick tu yang harga RM12 kat Malaysia tu dalam 2-3 AUD je... Susu segar memang sedap kat sana, so boleh je minum..Yogurt jenama Jalna is halal... 

Sepanjang kat sana we all pegi Coles, Woolworths and Super Iga... sebenarnya dia macam ada promosi kalau beli kat Coles or Iga ni dapat diskaun petrol..so after beli belah tu boleh tengok kat bawah resit dia ada nyatakan boleh dapat diskaun or not and tengokla petrol station yang berkenaan... I perasan ada 2 harga kat petrol stesen, 1 diascounted 1 lagi harga biasa..tp hari last baru I faham macamana ia berfungsi..... homai...lems sangat....

Harga Petrol fluctuate every day.. as usual kat town is cheaper daripada kat pedalaman... so before going out of town boleh isi penuh dulu....

Kaili's is halal according to this.. 


Other that,,if you go to supermarket boleh tengok je label, banyak juga yang halal kat Aussie ni kalau nak masak...tapi biasalah ada yang mahal dan ada yang murah...

Friday 10 April 2015

MAGNUM IOI PUTRAJAYA

Assalamualaikum,

Last month Avik and I berkesempatan pegi makan kat Magnum IOI Putrajaya... Kalau pegi Magnum kan ada 2 bahagian..satu yang dine in yang ada kerusi-kerusi tu dan satu lagi yang kena queue kat luar untuk beli..kalau nak yang kena q tu untuk beli yang batang tu..

If nak dine-in boleh la pilih ikut menu yang ada dalam buku menu dia tu.. Sebenarnya menu dine-in ada macam-macam, tapi sebab dah set nak pegi makan Nandos so we all pilih desert type je..oh ya kalau dine-in still boleh order yang batang tu ha.. 

Menu yang we all pilih adalah Red Velvet..yang batang tu tak ingat apakah tapi yang banyak kacang-kacang la biasanya pilihan I..



Mulia lagi nampaknya magnum tu ha sebelum kena baham...

 Terjojol mata kau....Mata pun semacam je..I demam time ni.. Lepas je makan magnum ni terus dapat serangan batuk




Presentation wise memang cantik la Red Velvet ni...rasa pun sedap... no complaint for the menu.. Overall kalau ada duit banyak...lain kali boleh la pegi dine-in lagi..... Tapi ramainya orang dalam ni, mungkin sebab weekend kut.. 

Thursday 9 April 2015

PERTH & WESTERN AUSTRALIA PART 7 (SHOPPING @ WATERTOWN)

Assalamualaikum

Dalam entry sebelum ni telah ku katakan bahawasanya bila tiba di Perth maka kacau bilau dan porak peranda lah jadinya itinerary aku... sebabnya?

City Stay Apartment yang ku pilih ni tanpa ku sedari berhadapan dengan Watertown.. ok tadop air pun kat Watertown..it's a factory outlet... plan nak pegi Araluen Botanical Garden la nan hado.... pagi-pagi lagi lepas breakfast masing-masing dah menggedik nak shopping ni ha...



see...just across the street


Macam ni la rupa Watertown ni... ala-ala JPO tapi with less people..

Soping sakan sampai pukul 2 lebih macam tu pastu lunch makan dekat kiosk halal kat situ je.. ada 2 tempat makanan halal.. 1 ISPA kebab satu lagi I tak ingat namanya... nasi kat kedai satu lagi tu lagi sedap dari ISPA ikut tekak kami...

Murah ke shopping kat sini.. sebelum pegi sini i baca banyak blogger yang cakap sama je.. sampai kat sini pun ada abang mana tah bagitau my brother shopping kat JPO lagi murah...

For us... and my personal view... boleh compare sendiri la harga yang mahal jangan beli yang murah baru beli... 2 hari kat sini I rasa 5 kali pegi Pumpkin Patch sebab lepas upload gambo orang pesan lepas upload gambo orang pesan lagi.. harga Pumpkin Patch adalah sekitar 3 - 15 AUD.... bayangkan baju yang sehelai RM90 - RM100 kat KL tuh boleh dapat 8 AUD... menggila dibuatnya... rompers boleh dapat 5 AUD.yang reject item 3 AUD..reject tu alahai sekecik tuit je pon...

Takkan shopping tu je kut.. ok we all beli Levi's.. ada sale...beli 1 percuma 1 tapi kena bayar harga yang lebih mahal...tak semestinya sama harga... we dapat 2 jeans for 89 AUD... if convert kali 3 is around RM270 for 2 pcs... seumur hidup I tak penah pakai Levi's ok..kat Malaysia butik dia pun I tak pernah masuk.... Esprit punya jeans pun murah time I pegi..


My bro and my father beli 3 items kat PUMA for 100AUD... 2 sport shoes..1 item lagi I tak pasti apa... mak I dengan tok I beli kasut sketches ke apa..nak eja pun tak reti..my bro gugel tengok harga kat Malaysia mahal sikit..ok la kan...sepanjang 2 hari duk ulang alik mak I duk kerja hilang ke cotton On je..ntah apa yang dia beli.... asal hilang je Cotton On.....

Leather Purse sangat murah...I beli juga 1 Guess wristlet for 30 AUD... Jenama-jenama Aussie seperti Oroton memang sangat berbaloi beli... Avik beli 1 handbag Oroton dengan harga yang sangat berbaloi...

So if you ask me... i'll say it depends on what you're searching for....

Tapi yang penting semua happy pegi F.O sampai pegi depan Bell Tower pun nak ambil gambar dari luar je..

Alahai...


after shopping...happy campur gundah dah mengenang bil kad kredit

Wednesday 8 April 2015

UMANG-UMANG CHALET & HOMESTAY PAK LAH UMBAI

Assalamualaikum

Rasanya percutian ke Melaka I adalah hujun tahun lepas... kenapa bercuti ke Melaka..sebab lama sangat tiada trip, diri pun jadi mandom..so pegilah melawat Malaysia ku ni.... why Melaka..sebabnya tak jauh dari airport..rasanya time tu ada sale kut dapat flight murah, tu yang beli tiket untuk mak n abah...semua berkumpul kat KL dan turun Melaka....

Oh ya sebelum ke Melaka..we all bermalam di Kuala Linggi ... Umang-umang Chalet... Seumur hidup tak penah wei pegi Kuala Linggi, ni la first time pegi.... pekan Kuala Linggi ni takde apa sangat pon..cuma kalau nak duduk 1 malam boleh la pegi dinner ikan bakar kat Kuala Linggi dekat Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai... rata-rata orang cakap murah...we all tak pegi makan pon sebabnya lunch petang tu makan nasi yang mak I masak kat rumah nun... so masing-masing kenyang dan nak makan goreng-goreng je..lagipun esoknya nak tido di Umbai...mestilah pegi makan ikan bakar juga.. kalau dua malam berturut-turut memang boleh tersumbat arteri dek kolesterol sebabnya nama saja makan ikan bakar tapi yang dimakan adalah sotong, udang, ketam, siput, kepah dan segala jemaahnya sekali turut dibaham...





Breakfast at Umang-Umang Chalet... Nasi lemak and kuih muih....


Inilah persekitaran Umang-Umang Chalet, mungkin pada yang ada anak kecil sangat best sebab kedudukan chalet yang dekat dengan pantai dan pantai pun bersih dan teduh untuk budak-budak main pasir ke mandi ke... untuk we all cukup semalaman je kut, chalet was ok..toilet tak mencapai tahap kebersihan optimum... katil dan tilam okey je.... kelebihannya adalah dekat pantai tapi bila air pasang dah jadi tiada pantai....One more thing jalan masuk belum bertar lagi.... kena lalu kelapa sawit dalam 1 km lebih je kut.... or kurang..haha....

Next day we all checked out around 12 pm juga rasanya.. nak pegi Melaka.. minum coconut shake..on the way nampak gerai jual pisang tanduk goreng..hoho..memang sedap tak terkira.....

Malam tu we all stayed at Pak Lah Homestay Umbai..memang cantik tempat ni..and bersih juga.... bilik tak banyak..so better book early during school holiday.. tuan punya sangat baik dan tak berkira... I booked last minute sebenarnya... Tengok kat web dan whatsapp je dengan owner..tengok-tengok ada rezeki... so here we are...





Overall.. a must stay!


Nombor telefon owner Homestay Pak Lah: 017-665 5833

KLEBANG COCONUT SHAKE & KUIH KERIA ANTARABANGSA


Assalamualaikum,

Entah berapa kali rasanya dah pegi kedua-dua kedai ni tapi kali ni baru sibuk nak blog...baca sangat masa terluang ye? Ok, everytime ke Melaka..untuk mereka yang masih tercari-cari niche makanan kat Melaka boleh lah try pegi minum Coconut Shake nun di Klebang dan on the way tu kalau dari Bandar Melaka, boleh berhenti dulu di Limbongan untuk beli kuih keria antarabangsa yang unik tu sebab diluarnya bukanlah gula putih yang keras macam kuih keria biasa tu.. Kuih keria ni di sira dengan gula melaka kat luarnya..... Makan panas-panas memang sedap... kalau sejuk kureng la sikit to me.. sebab semua benda makan I suka panas... sebelum makan panas dulu dalam microwave...


Ni ha rupanya kuih keria ni..

Nak alamat?

Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil
(next to Masjid Limbongan)
Starts 2pm onwards
GPS: 2.206269,102.21954

Oh..ya kat kedai ni bukan ada kuih keria sahaja, banyak lagi kuih muih lain yang boleh dibeli... 


Lepas dah shopping kuih keria dan yang seangkatan dengannya boleh la jalan kedepan sikit dan pegi minum Coconut Shake nan glamer tu... dulu-dulu bila kita pegi cari tempat, duduk dia terus datang hantar coconut shake atas meja..tak perlu order..tapi sekarang tidak lagi.... dah ada sistem lain... kita pegi pilih kuih/nasi lemak ke makanan ke pastu bayar, terus bayar coconut shake nak berapa gelas..lepas tu duduk dan order plus tunjuk resit baru dia hantar... ada kes orang tak bayar ke sebelum ni sampai tukar sistem ni?


Ginilah rupanya coconut shake yang glamour seantero Melaka ni... Sebanarnya if you ask me.. sedap sangat ke tak boleh juga nak membantu buat comparison sebabnya I memang tak minum coconut shake lain.... Kalau hari minggu datang memang jem jalan Klebang ni sebab si coconut shake ni la... Apa-apa pun kena rasa dulu.. lepas tu nak buat keputusan sedap ke tak tu tepuk dada tanya selera...masing-masing selera tak sama ye dak? Rasanya alamat tempat ni tak yah bagi kut sebabnya boleh terus key in dalam GPS pun keluar tempat nan glamer seperti ini....


Tuesday 7 April 2015

PERTH & WESTERN AUSTRALIA 6

Assalamualaikum,

Entry hari ni boleh la dikira sebagai entry bergambar je.... sebab pasti banyak gambar dari cerita..Ok hari ni 1st destination is Albany Windfarm...let's go...... Perjalanan dari Albany Apartments took around 20 minutes...sekejap je..and no entrance fee ke Albany Windfarm ni...Kat windfarm ni ada coast line yang cantikkkkkkkkkk.... Subhanallah.... 

Enjoy the pics....




No description needed..




Lama jugak we all spent here... sebab ada trail yang boleh jalan..kalau bertenaga bolehla follow the trail... we all went quarter way je..what?? not even half? haha 20km dia tulis... memang takder la nak mencuba... after that next destination is Tondirrup the Natural Bridge..tetapi...


malangnya......

close for renovation!!!!!!!

omaiiiiiiiii...

sedih.....

untuk mengubati kesedihan we all pegi dekat salmon punya viewpoint ke apentah..haremmm semua duk memancing nampak gayanya..jenuh la kalau nak kena pancing dulu....

last sekali...jalan sampai hujung sebab nak pegi toilet..then jumpa satu port yang santekkkk.... terus rasa nak picnic dan mandi...apa lagi we all salin baju dan keceburrrr...walaupun mat salleh kata it's too cold... arghhhh....tapi air laut tahap beku time we all mandi tu..memang sejuk ya ampunnnnn...

mula-mula abah tak nak join..lepas we all dah gigil baru dia sibuk duk salin baju.... kena tunggu dia..



Omputih pun naik heran ape kebenda mandi sejuk sejuk ni....

Lepas mandi, lunch bekal dan solat kat sini... we all headed to Pert..perjalanan hampir 300 km... kematu la bontot semua orang... sampai Perth around 8 p.m. sempat stop dekat Coles beli groceries...

Malam ni tido City Stay Apartment for two days.... 

Sampai je Perth kacau bilau semua itinerary.. sebabnya......

naxt entry la cerita sebabnya....


Monday 6 April 2015

PERTH & WESTERN AUSTRALIA PART 5

Assalamualaikum,

Pagi ni bangun dalam kesejukan as we go down Western Australia.. semakin sejuk jadinya... Bangun pagi masak nasi goreng untuk bekal... masak breakfast juga... and siapppp kita bertolak... Sepanjang kat Aussie ni urusan check out memang sangat mudah.. pulangkan kunci and you're done... Kalau owner tiada just drop the key and settle... Tinggi sungguh kepercayaan diorang ye dop... Mungkin mostly rakyat dia takde yang copek tuala la.. and etc sebab tu la..

Journey hari ni jauh..I think almost 120km ke 200 km? Tak buat catatan ni lah jadinya ..lupa.... We are heading to Valley of the Giants today for Tree Top Walk....perjalanan tersangatlah sunyi dan melalui hutan-hutan.... sepanjang perjalanan hutan je.....dalam 2 jam lebih juga baru sampai Denmark... okey bukan negara Denmark,.. jangan keliru..no no no..

Tiket for Tree Top Walk is 15AUD.. and the best part boleh pinjam wheelchair untuk tok... for free,,,tak payah la susah payah tok nak mendaki pulak.. Tree Top Walk ni memang agak best jugak la..sesiapa yang penah naik jambatan gantung or kanopi walk kat Kuala Tahan tu..yang ni quite similar but lebih kukuh binaannya..takde le bergoyang-goyang... kat Sedim I tak boleh buat comparison sebab tak pernah pegi...





How high are we?


Valley of the Giants ni ada 2 parts..one is Tree Top Walk...one more is Ancient city ke ape namanya... besau-besau pokok kat Ancient trail ni....




Besar punya duk ada pokok ni...

We all picnic kat sini je... buke bekal dan makan kat kerusi je..beli coffee and hot choc kat dalam kedai souvenir oh ya...kat sini toilet pun pakai air hujan... bagus kan? siap makan semua kami bertolak ke Green Pool Wiliam....

Kat Green Pool William ni adik I siap g swimming...air memang tenang betul...macam dalam kolam..sebenarnya we all pun menyesal jugak tak mandi...huhu best je nampak

Green Pool tu yang terkepung dengan batu tu.. so nampak macam tasik with wave yang sangat minimum...

 huhu..ruginya tak mandi sebab nak kejor g Coles petang tu...


Ok, we all solat kat sini sebab orang pun tak ramai sangat....siap solat bergegas nak gi Albany sebab Coles tutup pukul 7 pm.... sekali on the way jumpa Supa Iga... dekat William rasanya..so we all berhenti beli belah dengan dasyatnya siap beli kek sebab nak sambut birthday tok... belated sebab dah berapa hari tak berjaya pegi Coles yang tutup awal... 

We all sampai Albany around 7 pm.. reception dah tutup so we all call number yang ada kat pintu..dia bagi code number untuk buke peti pastu ambil kunci dan masuk apartment.. wallah as simple as that..padahal tak bayar pun lagi accommodation ni..

Malam tu masak kari ayam sebab berjaya beli ayam 2 ekor kat Iga...kikiki...