Tuesday, 12 November 2019

KYUSHU-FUKUOKA TRIP SEPTEMBER 2019 - DAY 3

DAY 3 - TAKACHIHO GORGE

Pagi-pagi bangun dan bersiap ke Hakata St. Route sama ya Chiyokenchoguchi - Hakata St. 
Bermula hari di Chiyokenchoguchi St.

#Kemanakitaney

Shikansen dah reserve Sakura 451 pukul 7.59 am. Kalau guna JR Pass boleh reserve 16 kali FOC. Kami reserve masa tukar EO ke JR Pass siap2.  


Perjalanan ke Kumamoto St. makan masa 37 mins sahaja. So ada sedikit masa nak cari bus stop untuk ke Takachiho Bus St. Bus ke Takachiho pukul 9.11 am yang dh reserve siap2 tu. 
Yang ni bus stop ke Takachiho ya...

Sampai stesen Kumamoto agak kelam kabut juga cari bus stop no 1 tu sebab signage dia tak berapa clear. Signage ada tapi tak convincing sebab lebih banyak dalam Japanese. Last sekali tunjuk tiket kat driver bas dan dia cakap dah betul dah bas stop tu.
Ingat bagi barcode nak scan..sekali dia tick juga pakai pen..cissss..dah la silap tick, kena la pak cik driver ni naik atas suruh orang tu tukar tempat

Perjalanan ke Takachiho tu 3 jam. Boleh tahan puas tido la tak sampai2. Bila buka mata dah sampai kawasan pergunungan. Bus stop sekali untuk kencing dalam half way mcm tu.
Bila buka mata beginilah pemandangannya

RnR tempat kencing and break

Sampai Takachiho bus station kami jalan kaki je ke Takachiho Gorge. 
Macam nilah rupa Takachiho Bus Center tu


Hari ni panas so memang berpeluh ketiak. Dekat nak sampai tu kena turun bukit yang tinggi mmg menyumpah juga la nak sampai.. Dalam setengah jam juga kami jalan. 
Dah sampai tu boleh terus pergi tempat sampan tu untuk beratur. Kang ramai orang tak pasal pulak. Tiket bas balik dah siap reserve dan cuma ada tu je tiket, kang tak memasal kena tido sini pulak. 
Ada 1 muslim friendly shop kat sini.. tapi kami tak makan pon sebab dah bawa bekal

Queue boleh tahan juga dalam 20 mins. Satu sampan boleh naik max 3 orang. Dah dapat naik sampai nak mendayung nya Ya Aulloh hazab wehhh... Struggle sampai dekat 15mins dayung kt tempat sama. Lepas tu berlanggar lagi dengan sampan lain. 
Nampak tak muke diorang macam hazab kan?

Dah la struggle duk dayung takut masuk bawah aor terjun ni ha..kang karam pulak sampan ni.

Walaupun mood kelaut sebab tak reti mengemudi tapi view Takachiho Gorge memang win sangat. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Excuse my berkilat face

Rasanya dalam 45 mins baru kami kembali ke pangkal jalan.  Sebenarnya dia ada limit time 30mins tapi pak cik Jepun ni bior je kami walaupun lebih masa.
View dari atas.. rasa berbaloi segala kesukaran yang dijalani nak datang sini.

Siap struggle, solat je kat tepi celah2 kereta dekat area toilet. Lepas tu makan bekalan sebelum kami jalan pulang ke bus center.

Oh ya..sebelum tu sempat lagi bagi makan ikan ni ha..
Jalan kaki ke stesen bas ni memang la hazab.. dengan panas, jauh dan mendaki...

Bas balik pukul 4.57 pm. Bas sama yang naik tadi dia patah balik dari Nabeoka. Perjalanan lagi 3 jam memang ketiduran la sebab tadi dah letih berjalan, mendayung dan berpanas. 

Dalam Shinkansen dah ni.

Sampai stesen Kumamoto pukul 8.04 pm. Nampak tak masa dia tu tak boleh bawak bincang.

#fukuoka #takachihogorge

1 comment:

  1. hi, nak tanya, masa awak beratur nak naik sampan tu kan, ada tak yg datang sorang? kalau dtg sorang boleh ke naik sampan tu tapi naik dgn siapa2 je?

    ReplyDelete