Tuesday 27 December 2016

JAPAN DAY 1 (THE ARRIVAL)


4 Disember 2016

Disebabkan kami pergi masa winter maka banyaklah persiapan nak kena buat, Tulah nak tiket murah punya pasal. Kena beli down jacket, gloves, long john, boots. Memang RM1000 dah sah-sah melayang disitu (ni tak termasuk dalam bajet RM6000 tu ye). Rasa diri sungguh berat dengan semua pakaian ini. Kalau beli tiket time tak sejuk sangat pon dah lepas dah dengan bajet sedemikian. Sila tepuk dahi.

Flight jam 1 pagi 5 Disember 2016. So 4hb tu sibuk nya lahai, pegi hantar agreement kat tenant (almaklumlah I sekarang dah jadi REN (Real Estate Negotiator) di Serdang) pastu lunch then sempat lagi menyinggah pegi basuh kereta. Sian dia nak kena tinggal 2 minggu kan. 

Petang dalam pukul 6.30 pm panggil UBER je sebab tak nak tinggal kereta lama-lama kat Putrajaya Sentral. Harga UBER from Puchong to KLIA2 RM75. Minah Chinese ni bawak macam pelesit. Malas lah nak layan sebab kereta dia punya so lantak dia lah. Asalkan selamat sampai sudah. Dah sampai dalam kul 7pm lebih tu kami pegi wrap bags dulu untuk sesiapa yang nak wrap. Kami cuma wrap beg kecil yang fragile je sebab takut pecah. beg-beg besau semua dah comot so tak perlu wrap. Lepas wrap bag dapat SMS katanya delay lagi flight ke pukul 1.55 am. Hampeh awal sangat datang airport.

Yang perempuan namanya Nuha yang lelaki namanya Nasr

Sesi habiskan masa kat airport


Lepas wrap semua pegi makan kat Quizzin

Yang lebih kecil tu namanya Ayraa


Lepas makan I dengan Avik pegi pick up Wifi kat KLIA bawak sekali budak Nuha dan Nasr supaya takdelah bosan sangat nanti bergaduh budak-budak ni. Sebab masa order tu sebenarnya cuma nak check harga sekali tekan terus terorder. Harga Wifi RM260+ rasanya untuk trip ni.

Naik ERL pegi pick up Wifi kat KLIA - satu kerja pulah lahai.

After siap makan dalam pukul 9 lebih dekat pukul 10pm tu kami pergi drop beg lepas tu pegi beli bekalan KFC untuk esok. Bawak bekal siap-siap nanti takdelah esok tercari-cari makanan. Bawa burger dekat 10 biji juga rasanya. Selain tu Avik dah siap-siap rebus nasi impit dan buat sambal bilis. 

5 December 2016 

Lepas custom clearance semua kami melepak dulu makan Burger King sebab tadi makan awal sangat so dah lapar. Sambil-sambil tu pergi Solat dulu. dalam kul 12 barulah kami bergerak ke Gate.


Waktu ni dah tak kuasa nak tengok pukul berapa masuk flight. Punyalah panjang orang beratur nak masuk. Kami dah beli seat so tak lah serabut-serabut nak masuk dalam flight. Go with the flow dan berdoa bersungguh-sungguh takde turbulance luar biasa dan air drop yang menakutkan. Semenjak dua menjak dah tua jadi takut sangat nak naik flight.

Muka Avik nampak gumbira, tapi dia tu tak bleh tido kalau naik flight.

Ok to be honest memang lah tak tengok jam pukul berapa sampai. Lepas sampai duk tercari-cari JR office plus kena beratur panjang nak exchange JR pass dan beli ICOCA+HARUKA tu. Nasib baik ambil gambar ni so tahulah masa beratur tu dan dekat pukul 11.30 am.

Jauh lagi tu turn - tu semua Exchange order JR so sila beli siap-siap kat JTB Malaysia. Muka sedih kan dah lambat. Takut tak sempat Asar ni.


All set tengah tunggu nak naik HARUKA ke Kyoto - perjalanan rasanya sejam jugak


Dalam HARUKA kami berdua sempat makan burger bekalan sedangkan lain-lain tidor.

Bila dah sampai stesen Kyoto dengan beg-beg besar gedabak tu memang serabut la nak cari line Kintetsu sebab Air BnB kena naik Kintetsu Line ke stesen Fushimi. So kena pakai ICOCA la ye sebab kami tak beli pass lain. 

Dari Stesen Fushimi dalam 700 - 800 m juga jalan kaki ke accomodation kami. Bila sampai rumah macam agak traditional tapi well prepared. Host dia nama Chiharu. Rumah 2 tingkat so cukup la 3 bilik untuk kami  Toilet dan bilik mandi asing-asing dah kira 2 baths kat Japan ni.


Kena lalu jalan kecil nak ke rumah Chiharu ni. Nasib baik tak haru direction dia memang bagus.


Nampak tak welcoming address kat pintu tu. Tq Chiharu rumah dia betul-betul lengkap.
Yang penting sampai-sampai kena solat dulu. dekat kul 4pm dah kami sampai, maghrib pukul 4,30pm. Lepas solat kami makan dulu sebelum keluar. Ikut lagi itinerary nak pegi Fushimi Inari walaupun gelap gulita dah ni.

Ni dah dalam Subway, senyap sunyi yang berbunyi cuma Nuqman yang mengamuk seharian dari dalam flight. Oh i belum kenalkan kanak-kanak keempat iaitu Nuqman - panggilan Uqi, hobi suka ngamuk.

Masalah bermula, asal nampak vending nak beli air. jenuh la beribu vending kat Japan ni anak oi.

Ni gambar dalam HARUKA apasal tersesat disini?
Gambar di Fushimi Inari - gelap gelita ni. huk aloh. nak ke sini boleh berenti kat Inari station - JR line ya. kalau ada ICOCA tett kan aje.






Kecewa gambo gelap-gelap semuanya kami ke Gion mencari Ramen halal. jauh wooh kena berjalan dari stesen Gion-Shijo, tapi follow aje GPS. 

Tragedi sudah bermula.. jeng jeng jeng..

Bila follow GPS dah sampai kami pun masuk la Kedai memandangkan dia tulis halal besar punya. Sekali bila duduk nak order tengok-tengok dia adalah kedai BBQ - 1 meal 1500 JPY hokay, kalau dah duduk orang dah kasi towel panas takkan nak keluar tiba-tiba woi. Malu kut. Order la juga 6 meal. Portion dia tahap lekat kat celah gigi je. Kena pulak share ngan budak-budak berempat ni walaupun diorang budak tapi sebab portion kecil memang tak kenyang la.

Gambar semasa tragedi. Yang tu 1 portion. kenyang ke idok cuba jawab?


Malam tu terbang 10 000 JPY untuk 1st meal kat Japan. Terus BBQ ni, kelas kau jah. Lepas siap makan keluar je dari kedai selangkah, kedai ramen kat sebelah ye tuan-tuan dan puan-puan. Amacam? Ada rasa nak tikam diri tak? Sebab perut lapar dan nak marah dengan diri sendiri maka kami pun masuk order dan makan lagi di kedai sebelah. Gaya Che Ta travel ke macamana dinner 2 kali ni?

Inilah Kedai itu. Sila lah tengok dulu ye Cik Gayah.


Ada macam muka beng tak masing-masing?




Yang ni I punya Wagyu rice - sedap. Yang lain-lain tu untuk orang tekak melayu macam hakak. memang tak berapa suits the taste. tapi boleh la makan
Lepas makan kami pulang dengan hati yang girang sebab dinner 2 kali. haha..

JAPAN TRIP DECEMBER 2016 (ITINERARY AND BUDGET)

Assalamualaikum..

Dah lama tak update, tapi tak nak lah acah-acah bersawang blog ni sebab memang malas sebenarnya, plus tiada trip. Trip Lombok dalam draft tak habiskan sebab alasannya gambar dalam phone susah nak transfer. Boleh tak bagi alasan camtu, nak seribu daya kan?

Oklah itinerary ni memanglah entah berapa kali adjust sebab nak sesuaikan dengan budget plus nak utilize pass plus nak decide pass mana nak beli kan. Trip pula 13 hari so memang sukar skit nak plan dan plus rombongan pulak sampai 10 orang termasuk kanak-kanak ribina seramai 4 orang. So tak nak lah pegi tempat yang orang tua je kang bosan pulak bebudak kecil belum baligh tu kan?

So I persembahkan itinerary yang telah i murnikan 2 minggu sebelum trip, alkisahnya sebab beli tiket lama sangat maka banyak sangat yang difikir dan sebab tulah adjust pun banyak.

For this trip I decided pilih JR pass 7 days plus beli ICOCA+HARUKA. Icoca tu cam Touch and Go nak pakai kena top up. ICOCA+HARUKA tu macam pakej sekali dengan train to/fro airport which is HARUKA. Kami pilih Kansai ke Kyoto and time balik Tennoji St ke Kansai Airport. Kalau beli ICOCA+HARUKA dah ada kredit dalam tu 1500 JPY. kalau nak beli ICOCA sahaja pun boleh. So next day tu dah kena top up ikut kiraan I.

Yang price untuk JR tu sebab I nak kira worth ke tak beli JR tapi sebenarnya price I tulis tu salah. Actually harganya lebih mahal. So JR pass is fully utilize ikut itinerary kami. Untuk budak Nuha yang umurnya 8 tahun I memang tak tau alternatif apa sebab tiada pakej ICOCA+HARUKA. HARU sungguh, so I beli ICOCA je pastu untuk train dari dan ke airport I ikut sugestion minah Jepun kat kaunter. Hait kan aje asalkan tak lebih bajet.

Itinerary rasanya follow 60% je kut, rombongan ramai plus banyak budak plus winter siang pendek memang kacau bilau itinerary I. Sadisss tapi I pasrah. Nak pilih Air BnB pun hazab sebab rumah Jepun tak banyak toilet so at least kena la ada 2 toilet kan. 

Rough budget termasuk bawa makanan plus Wifi plus transport and accomodation is around RM6000 for adult bebudak lain-lain harga mengikut umur tak termasuk tiket flight. Tapi beg dan makanan termasuk.








Sobs sobss we oulss tak pergi Kobe, pun. Its okay give room for next trip. Japan I will come back.