Sunday, 17 November 2019

KASHMIR - DELHI APRIL19 PART 1

Delhi Rhapsody 1 
Kredit Penulis: Rehan Isak

Flight ke New Delhi menaiki Malindo/Batik Air lewat petang. Kami berkumpul di KLIA dan drop bag sendiri. Wakil agensi belum sampai. Tak kisahlah, ni bukan pakej penuh lagipun trip kami berlapan kesemuanya saling mengenal. Ada pasangan suami isteri yang join bersama cuma mereka naik flight lebih awal sebab flight yang sama dah mahal, diorang join trip ini lebih lewat. Jadi pasangan Abg Wan dan Kak Na akan tunggu kami ni airport Delhi untuk sama2 ke hotel transit malam ni.

Jujurnya I dan Cik Ainul sudah pernah ke Calcutta pada 2016. Selain itu dengan pembacaan blog, kembara di India sudah pasti diluar jangkaan sentiasa. Maka kami bersedia untuk berlapang dada. 

Cik Ainul dah ready.. sebab nak kurangkan drama di India kami decide trip ni ambil ground dengan TravelKeMana.



Yang romantis Zura & Hirzi

Penerbangan ke Delhi mengambil masa 6 jam. Mujurlah ada inflight entertainment, jadi penerbangan lebih terisi dengan filem Crazy Rich Asian dan sebuah filem Hindi sebagai mood pembuka kembara.

Setelah 6 jam, kami selamat mendarat. Penerbangan boleh dikira smooth. Mungkin masih awal.

Sebelum kaunter imigresen..Cik Rehan penulis bersama entry Delhi-Kashmir dan Cik Ainul

Mimpi nak jumpa Shah Rukh Khan tiba-tiba dikejutkan dengan reminder seorang kawan “when in India, expect more DRAMAs”. Flight was slightly delayed. “Right hand four fingers maam..again..not good again..ok maam next left four fingers..” followed by both thumb prints repeatlah sampai berapa kali sehingga 10-finger print selesai discan. Masa ni aku at least terhibur dengan petugas kaunter imigresen sebelah yang buat pemeriksaan passport dalam keadaan separuh sedar (tido ke mengigau sambil check passport pakcik ni). Cik Ainul siap tak scan jari sebab pegawai mengantuk.. Haaa boleh tak? 
Menunggu penumpang-penumpang dan bag disusun dalam dan atas kenderaan dengan suhu sekeliling menyamai suhu badan menuntut sabar yang banyak. 
Ok selamat di dalam Teksi...

Dipertengahan jalan ketiga-tiga teksi berhenti. Driver turun, berbincang sesama mereka.. Lama menunggu, hampir 10 minit. Arni on maps dan google hotel..ternyata seperti yang diberitahu wakil travelkemana (Mr F), hotel dekat sahaja dengan airport. Usai berbincang, kami teruskan perjalanan..

Sampai ke hotel budget penempatan sementara, menuntut sabar kami semua yang lebih banyak.  

Tangan dah macam terkehel angkat beg 15 kilo naik ke lobby hotel. “Kita kena ke hotel lain sebab semua bilik occupied” (agaknya confirmed booking tu dia ingat kita tipu-tipu buat tempahan). Sebelum tu kau saksikan dulu scene pendek taxi driver “where is my tips”. Bergaduh selagi travel agent tak bagi tips. Sedangkan itu teksi airport, semua bayaran dibuat di kaunter. Seketika berbalah, akhirnya Mr F) beralah.. ada masalah lain yang perlu diselesaikan dia..

Kami tiada pilihan, terpaksa berpindah ke hotel kawan receptionist tu katanya.. Ahh..kat India ni semua kawan diorang...


Tolak bag tarik bag belok kanan masuk kanan lagi dan lagi dan lagi di lorong gelap atas jalan berbatu sambil ditemani stray dogs dan debu debu suci beberapa ratus meter betul-betul menggelegakkan segala deria pancaindera. 
Nampak tak kegagalan menahan sabar, akibat tolak bag di jalan penuh debu??

“Ok maaamm let me carry your stuff” akhirnya sampai juga aku ke hotel kurang lebih pukul 1 pagi waktu Malaysia. 


Mandi solat susun keluarkan baju-baju apa yang perlu dan tidur tanpa menghiraukan suasana bilik yang pada masa ini perlu ditelan walau tak enak. Sekali ku tarik langsir nak tutup tingkap, habis jatuh segala dengan kayu-kayu langsir. Malam ni jadi wayang Tamil la kita gamaknya.. 
Berdebu (dalam hati senang nak tayammum), ruang yang cukup-cukup, tv dan aircond gagal dihidup kan. 
Beginilah keadaan bilik kami..

“Dengan nama Allah aku hidup dan aku mati” Sweet dreams...Moga-moga jumpa Shah Rukh Khan 😆 

No comments:

Post a Comment