Sunday, 29 March 2015

PERTH & WESTERN AUSTRALIA PART 1

Assalamualaikum

Akhirnya trip yang setahun ku rencanakan terlaksana. Syukur semua dipermudahkan Allah. Cuma sepanjang flight nampaknya Avi and I tak boleh tido... 6 jam yang menyeksakan.. flight we all patutnya 18 Mac jam 8 pagi dan balik 26 Mac 4 petang... Si Air Asia ni sesedap rasa reschedule flight I ke 19 Mac jam 12 tengahmalam dan balik 6 pagi 27 Mac 2015 dari Perth. Disebabkan i book 1st night punya hotel to FOC kalau ada change of dates so I tukar hotel 18 Mac ke 26 Mac...Ni pun rezeki juga.

I sampai KLIA2 around 6 pm from Kuala Terengganu... tunggu Avik sekejap, dia balik keje terus ke airport.. Dalam 6.30 pm dia sampai. Mak, abah, tok, adik and wifey datang dari Youniq hotel sebab mak, abah and tok dari Alor Setar 17 Mac malam.. so transit dulu kat Youniq sementara tunggu flight.

Flight malam tu tak delay and no drama. Syukurlah, dengan accidents yang kerap berlaku, I tak perlukan any drama before our flight that can freak me out. Flight quite smooth walaupun we all duduk kat ekor... Nasi Lemak Pak Nasser langsung tak sedap kalau makan jam 4 pagi. Dalam pukul 5.40 we all touched down at Perth International Airport. Solat hormat waktu atas flight sebab Subuh masuk jam 5 pagi.. 

Seperti yang I baca, all the medicine and food kena declare kat arrival card. So all the foods that we all packed in one bag, and I made a long list of all the foods... ALL, sebab I taknak sembunyi-sembunyi, konsepnya declare semua, kalau dia nak buang-buang la, dari kena denda langsung tak berbaloi.. Lepas check passport akan ada seorang kastam tunggu depan escalator.. bagi je dia check arrival card dan passport, pastu ambil balik. After that you can claim your luggages.

Selesai ambil luggage we all ke tempat scan barang, kastam wanita terus datang tanya I, so what food do you bring? I cakap, I have a long list.. then I keluarkan list ni dan bagi kat dia... So tengok dan cakap Well done... terus suruh jalan, tak perlu buka beg tak perlu scan beg... Happy, permulaan yang baik.. Oh lupa, i jugak bawak cucur bawang dan cucur lemak manis Adabi, tapi list ni yang tak updated... 


Keluar arrival hall, tengok airport macam tengah buat major renovation, so I pegi Silent Room dan berdoa semoga ia telah siap renovation... Doa termakbul, silent room dah siap ada tempat wuduk, tak perlu wuduk di toilet... So we all solat Subuh sebab waktu dah habis....

We are in Perth

After solat we all cari Maxi Taxi untuk ke Bayswater Car Rental di Adelaide Terrace. Actually ada lagi satu office dia di Bayswater which is around 3 km from airport, tapi sebab plan asal we all sampai 18.3 dan tido di Criterion Hotel for the night, that's why pick up office di Adelaide Terrace dan I tak berjaya tukar the pick up office last minute.. so terpaksa ke Perth City juga. Tambang Maxi Taxi was AUD69. I dah siap2 bajet AUD10 sorang, so within budget.

I booked for a Tarago kat Bayswater ni... bila sampai I tanya muat tak sebab Tarago 8 seater dan kami 8 orang, beg nan besor tu semua macamana? So diorang ubahkan Tarago bagi we all susun semua beg dulu... memang sumbat ketat. Dekat setengah jam untuk bag arrangement sahaja. I tanya makcik kat Bayswater ni, ok tak beg we all full sampai atas, dia cakap better ambil 2 kerreta, dia pun x jamin police tak saman... bincang-bincang semua sepakat untuk ambil risiko tersebut... grrrrrr cemas..

Total harga Car rental from 19 - 27.3.15 termasuk GPS, top cover (sejenis insuran) dan untuk 4 driver adalah AUD 815. All charge to credit card.

Siap ambil kereta, Adik konon2 nak pegi breakfast makan nasik le tu... cari-cari punya pusing semua kedai tutup, time tu around 8 am... last-last I cakap gi makan kat Danish Patisserie je (ikut itinerary memang brunch disini). sebab dah pegi 2 -3 tempat tutup dia setuju je...So we headed to Dyer Road.. yippi...makan pastries yang sedap...

Sampai je, terus masuk dan order sandwiches and coffee and hot choc.. Alhamdulillah semua kenyang, Avi and Rehan tapau Lemon pie ke ape ntah.... lepas tu we all terus ke Caversham Wildlife Park....



kangaroo pun makan tido je kejenya... Dedak tu tak payah beli..ambil je dalam bekas disediakan dan kasi kat kangaroo tu sampai kekenyangan... 


Entrance fee Caversham Wildlife Park adalah AUD 25 per person. Jangan tak tau ada arahan dalam Bahasa Melayu yang inform tentang kewujudan toilet yang ada paip kat sini... So kalau nak terkucil ke apa..tunggu masuk sini sebab ada paip dalam toilet dia... 

Selain bermesraan dengan Koala dan Kangaroo boleh jugak tengok Farm show yang cukur bulu bebiri dengan perah susu lembu...We all tengok semua show dulu baru balik...Keluar dari sini beli grocerieskat Woolworths dekat dengan Caversham Wildlife Park. 

After that we all solat dekat Masjid At-Taqwa..siap solat teruskan perjalanan yang beratus km lagi.

Itinerary seterusnya ke Cervantes, sebab nak tengok Pinnacles esok, tapi malam tido di Cervantes Backpackers Lodge... tempat ni hostel je tapi tak terlalu banyak bilik so takde la congested sangat tempatnya... I boooked through Agoda dalam RM670 untuk 6 orang,, sebab we all 8 orang so tambah lagi 2 orang  dengan harga 50 AUD  (ni I bayar cash je).

Malam tu check in masak nasi, sardin dan goreng telur.. tim ni semua kebuluran... last sekali makan pie yang Avi beli kat Danish Patisserie je... lepas makan tido terus.. esok nak gerak awal....







No comments:

Post a Comment