DAY 2, KYUSHU (KAGOSHIMA)
Hari ni pergi tengok active volcano @ Sakurajima. First day activate JR Pass. Train from Hakata ke Kagoshima Chuo took around 90 mins.
Dari Air BnB kami naik train di stesen Chiyokenchoguchi ni ke Hakata St. This train tak covered under JR pass, kami beli Sugoca dan top up siap2 untuk train2 macam ni.
Sampai Kagoshima-Chuo St. kena amik train ke Kagoshima St. Sepatutnya 3 mins sahaja..sekali tak perasan train berhenti... Lepas tu cemas sebab train tu tak stop2.. dah la dia bound for Miyazaki which is 3 hours from Kagoshima.. matila itinerary dah lari... pastu pilot train ni macam syak weoullsss tersalah.. tapi tak faham kami ni nak patah balik.. last sekali cakap mistake baru dia hait, hait dan suruh turun next station.
Terlajak sampai 30mins.. so kena patah balik lagi 30mins. Bazir masa 1 jam.. Sampai Kagoshima St. boleh walk to Ferry Terminal..
Sampai kat Ferry Terminal pergi information dan beli Bus Pass 500 yen. Bas tu akan stop kat tempat attraction..boleh hop on and off kalau turun naik bas seterusnya. Beli pass ni tiket feri masa balik dapat diskaun 30 yen. So ferry balik jadi 130 yen seorang.
Selesai tour kami balik semula ke dan nak cari Kagoshima Islamic Culture Center untuk solat. Nak pergi masjid ni kena naik tram dari stesen Suizokukan-guchi ke Karimoto lepas tu jalan lagi 450m.
After solat kami jalan kaki ke JR station untuk balik ke Kagoshima-Chuo station. Lepas ru keluar cari Lawson nak beli nasi untuk makan lunch.
Lepas makan kami tunggu Shinkansen Mizuho untuk balik. Tiket dah reserved siap2.
Kami naik Shinkansen kembali ke Hakata St. Malam ni misi nak pergi makan sushi. Namanya Hamazushi, jalan kaki dalam 1km dari stesen Chiyokenchoguchi which is dekat la dengan rumah iolss.
Dah sampai kat sushi ni masalah pulak nak kena amik nombor kat robot. Dah la jakun ooi. Kema juga tanya waiter tu nak tekan kt mana. Dah amik nombor kena tunggu nombor kita tu naik. Then kena tekan robot tu untuk dapat nombor meja. Masalah wei waiter 1 habuk tak leh cakap English. Bantai bahasa isyarat apa yang paham je la.
Dah smpai kt meja nak order boleh tekan-tekan kat monitor tepi belt tu. Atau boleh amik sushi yang lalu kat belt. Masalah seterusnya adalah tak perasan ordee kita dah siap rupanya dia akan menyala kat monitor tu bila order lalu atas belt tepi meja kita. Ingat diorang akan hantar macam kat Sushi King. Last sekali order kami kena rembat dengan orang lain.
Usai makan jalan pulang ke Air BnB tak jauh sangat. Sambil jalan singgah Lawson beli air. Pastu singgah pulak 7E sebab lupa beli apa ntah...
Berakhir kisah hari ni.. Esok adalah hari baru
#fukuoka #fukuokatrip #halaljapan #kagoshima #kyushu #sakurajima
No comments:
Post a Comment