NAGASAKI
Hari ni menjejak tinggalan sejarah Nagasaki dibom. Pagi ni kami naik train awal juga pukul 0633 dari Hakata St. Perjalanan 118minutes, dekat 3 jam la juga untuk sampai ke Urakami St.
Satu gambar di Chiyokenchoguchi St.
For info, kat Fukuoka ni boleh naik semua Shinkansen tak kiralah Nozomi ke Mizuho kalau pakai JR Pass semua covered. Cuma pantangnya jangan pergi ke Kokura. Yang unik lagi walaupun kita pergi ke tempat lain shinkansen ni akan pergi sampai Kokura station. Sampai saja stesen Kokura semua penumpang kena pusing seat train sebab train akan tukar direction. Perkara ni jadi 2-3 kali juga sepanjang kami duk lenjan JR Pass tu pegi sana sini.
Sampai Urakami St. kena naik tram untuk ke Nagasaki Peace Park tu. Naik tram depan stesen JR Urakami, nama stesen tram tu pon Urakami.. Pagi ni hujan.. so lega sikit tak panas sangat. Naik tram kena stop di Matsuyamamachi St. Lepas tu jalan kaki ke Nagasaki Peace Park dan Hypocenter of Atomic Bomb Explosion. Takde entrance fee kalau tak masuk muzium.
Banyak tugu-tugu yang dihadiahkan oleh negara lain sebagai simbol simpati diorang. Masa kat Peace Park kami duk stress dengan Pak Cik dari Negara China ni, kat mana ko nak amik gambo kat situ la dia datang bercendoi nak amik gambar dia juga... Hoiii rinsek gila..
Dari Peace Park kami jalan kaki je ke Hypocenter, dia sebelah menyebelah... Hypocenter ni tempat bom digugurkan.
Oh ya, kat Nagasaki ni takde subway sebab diorang nak preserve segala tinggalan sejarah tu, so boleh nampak bandar ni lebih banyak kereta berbanding bandar lain.
Lepas menjelajah kami jalan kaki ke tram station untuk ke Nagasaki St. sebab nak ke Huis Ten Bosh.
Kami pusing-pusing kat Nagasaki St. tu. Pergi toilet dulu. Lepas tu tengok train schedule untuk ke Huis Ten Bosch.
Bila dah masuk kat Platform tengok train lambat lagi.. So kami makan bekal dulu sebab ada meja cun je kat platform tu...
Baik punya meja duk ada..so makan la dulu lunch...
Siap makan, train sampai.. sempat lagi p beli ice cream kat vending machine.
Next stop, Huis Ten Bosch here we come...
No comments:
Post a Comment