Assalamualaikum,
Trip tahun 2016, ke Lombok pada 26-30 May 2016.
Alkisah ni trip birthday Avik.. so memang selalu terkena date 30 May tu.
Rangka perjalanan yang dirancang begini:
DAY 1
Kejadian sebenarnya pasti berubah-ubah punya.
|
Selamat sampai di Bandar Udara Internasional Lombok |
Masa hari pertama ni kami bertiga sampai, selepas lalu imigresen, terus beli simkad sebelum keluar pintu airport, barulah pergi jumpa dengan supir, Pak Yudi. Lapar, so terus minta Pak Yudi bawa ke kedai makan, tapi nak yang rare, konon, hambik kau Pak Yudi bawak ke kedai paling authentic, tempat makan geng-geng otai taxi driver, hahahaaa... i order nasi campur (typical), avik order gado-gado, rehan pulak nak try soto nasi, hurmmm... agak-agak macamana rasanya? nasi campur dan gado-gado tu sedap dan pedas tapi soto tuuuu.... macam tak kena dengan selera, ada rasa kerisik yang kuat. Redho je lah.
|
Sabar menanti makanan, menahan lapar. |
|
Gado-gado makan dengan nasi impit, sedap. |
|
Nasi campoq |
Dah agak kenyang perut, teruskan perjalanan nak ke Air Terjun Benang Stokel (ATBS), sebelum tu mintak Pak Yudi berhenti solat dulu, barulah sambung perjalanan hampir 1 jam lebih juga ke Rinjani Geopark.
|
Masjid pertama kami singgah. |
Sampai di kawasan Rinjani Geopark, kami ke Kaunter Penerangan dulu untuk beli tiket, terus decide tak mau pakai ojek (motosikal) kami nak jalan kaki saja bersama tour guide, Nana.
Dengan pakej 2 air terjun Benang Kelambu dan Benang Stokel yang kononnya hanya akan ambil masa 30 minit perjalanan. Tapi apa yang jadi pada kami ialah pancit teruk dengan perjalanan pergi balik 2 jam setengah wehhh.
|
Hazab okehhhhh... tengok mak cik kat belakang dah pakai tongkat, Nana kat belakang tu sengih je.. Nasib kau la dik kena tunggu mak cik-mak cik ni. Dia relaks je.. |
|
Letih woo, kalau ikut hati nak mandi. Tapi malas nak salin baju lepas tu. |
Padah tak cukup cergas untuk mendaki dan turun anak tangga yang tinggi. Turun saja ke kaki Gunung, Pak Yudi dah resah gelisah sebab kami sampai lambat sangat. Dia siap call bos dia cakap tamu hilang... omaiiii...
Dah nak maghrib, Pak Yudi berhenti kedai makan untuk dinner kami. Makan Ayam Bakar Taliwang, ikan dan sambal terung, wow pedas yang amat tapi sedap.
|
Gurame pun ada... ohh sedap |
|
Sebab kami lapar, maka terung dengan tauhu ni bedal dulu..weiiii nikmat ooo makan tengah lapar.. tak berdosa sebab dah hiking teruk tadi |
Selesai makan, terus check-in ke Alam Mimpi Resort.
|
Bilik kami belakang kerusi tu. Rehan siap dapat bilik sorang lagi.. Mewah you oullsss |
|
Gitchewww siap baca-baca buku depan bilik |
Cantik la Alam Mimpi ni - walaupun lepas beli tu agak ragu-ragu tapi sebab I rasa cam comel je hotel ni..lalu I teruskan jua. Memang tak menyesal - bilik cantik pool best.
DAY 2
Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi di resort dan sambung dengan berenang-renang menikmati keindahan resort ni.
Cantik dan tenang. Sehinggalah masa check-out dan kami terus ke airport pula hari ni untuk ambil mak abah i yang baru sampai dan join kami sekali dalam trip ni.
|
After breakfast,,, swim dulu... Yang lain tak nak turun sbb malas nak bawa baju basah... |
Lama juga kami menunggu di airport ni dan sempat juga beli kacang dan anggur yang dijual oleh penduduk tempatan di sekitar airport, ramai juga yang berkelah dalam kawasan ini, meriah dan unik. Selesai jumpa mak abah, kami ke kedai makan di luar kawasan airport, makan nasi dulu. Kurang menarik kedai ni, tapi kebanyakan supir akan bawa ke sini.
Kami teruskan perjalanan ke Jetti Teluk Nara untuk naik bot ke Gili Trawangan. Dalam perjalanan singgah ambil gambar di beberapa kawasan pemandangan laut yang cantik.
2 jam juga perjalanannya untuk sampai ke jeti. Sebenarnya nak naik speedboat ke Gili Trawangan ni hanya 20 minit saja, tapi ngeri. Tawakal saja sambil mata asyik tengok life jacket.
|
Nampak cam hepi, cemas hokeey |
Sampai di Gili Trawangan dah terus boleh check-in Black Penny Resort. Selesai solat, kami terus keluar dan sewa basikal untuk pusing-pusing Gili Trawangan, berhenti minum air kelapa dan layan sunset.
|
Most speed boat tak berhenti kat jeti, so kami pun acah-acah tunggu ombak baru turun boat sebab taknak basah. Sekali terus pulak terhegeh-hegeh, nah ombak datang pukul basah sampai ke pinggang |
Boat berhenti betul-betul depan Black Penny, so naik je terus check in. Dapat welcoming drink. I pilih Black Penny pasal nak private pool, tapi yang tak syoknya pool kecik. Kalau besar skit lagi mantap.
|
Minum sementara tunggu sunset |
Balik dari tengok sunset kami ke pasar malam, baru je lepas order ikan bakar, tiba-tiba hujan turun lebat, seluruh tapak pasar malam banjir. terpaksa kami menumpang teduh di kedai makan yang lebih tinggi. Lama pulak tu duk tunggu ikan bakar tak sampai. Aduh, seksa sungguh. Selesai makan,OTW balik sempat juga beli aiskrim. Sampai resort, terjun kolam. Baguih duk ada. Happy, kolam mesti digunakan sepenuhnya.
DAY 3
Breakfast di Black Penny Resort, konon nak jogging kan? tapi langsung tak pernahnya jadi. Konon tengok orang lain punya aktiviti pergi snorkeling di Gili, tapi kami? hampeh, tak pergi pun. hayyyaaa... sudahnya, hanya rileks2 jalan-jalan, sembang-sembang, naik basikal, makan aiskrim, tart telur, kek coklat, main air laut dan balik resort, terjun kolam lagi.
|
Breakfast @ Black Penny, complimentary tapi tak buffet, so pilih la menunya.. |
Jalan-jalan, jumpa bakery dan kedai aiskrim. So makan dulu..
Mandi laut weh - bercanda kena pukul ombak sampai terkoyak seluar. Ciss baru acah-acah nak pakai seluar pantai cam gini dah koyak. besar okay koyaknya. Maka bersyukurlah ada yang bawa keluar towel hotel. Bolehlah cover line pakai towel. Hayyaaaa..memalukan..
Lepas sunburn teruk main ombak.. Kami lunch kat cafe Black Penny je. Haha langsung tak adventurous.
Balik je bilik terus terjun kolam yang ni..
Petang after solat, kami try naik cidomo untuk pusing Gili Trawangan, stop kat Ombak Villa nak cari buaian tu Hampeh tak jumpa pon, pusing-pusing hari pun panas lagi kami decide jalan balik je la. On the way tu jumpa satu cafe, decide nak minum-minum dulu sambil tunggu sunset. Lepak la esok dah nak balik..
|
Nice |
|
Ni la cafenya, jangan tanya nama tak ingat |
Sampai area hotel dah malam, dinner beli nasi campur, ayam goreng, murtabak kat pasar malam dan makan di resort.
No comments:
Post a Comment