Wednesday 4 January 2017

JAPAN DAY 2


6 Disember 2016

Cerita hari kedua, hari ni ke Bamboo Grooves Arashiyama. Keluar pon takde lah pagi sangat. Dah siap breakfast burger yang tak habis semalam dengan nasi impit dan sambal bilis baru keluar. Kami bawa bekal lauk Brahim. nanti cuma beli nasi dan kat konbini dan makan dengan lauk hajatnya.

Breakfast - sila abaikan lagak ngeri meja bersepah itew.. bila ramai meja pula kecil berbanding meja di tanahair gitulah jadinya
Kalau yang ini siap dulu..meliar la jadinya. Makcik-makcik Jepun sibuk duk kata comel. Memangla muka comel mak cik, tapi suka mengamuk.

Jalan jom.. 

Ni lorong kat depan rumah Chiharu.


Bila sampai stesen Saga-Arashiyama sejuk gak hari ni. Keluar je stesen anda akan nampak stesen Saga-Torokko (ni stesen untuk naik Romantic Train).

Yang ni stesen untuk Romantic Train - sebelah je dengan JR Saga Arashiyama




Kami keluar nak pergi Bamboo Groove dulu. Sebenarnya tiada niat langsung nak pergi Togetsukyo Bridge, tapi jalan punya jalan terlepas simpang ke Bamboo Groove maka kami sampai la kat Bridge itu. On the way nak ke Bamboo Grooves tu awal-awal lagi dah ada yang terpedaya membeli buah epal Oishi Oishi katanya - RM20 sebiji... oisshii la sangat..



Kita kasi bukti pembelian epal paling mahal sepanjang trip ini.

Sebelum sampai Bamboo Grooves tu pembelian ais krim Matcha pun bermula - bersepah je aiskrim ni kat sini. It turned out, kedai yang kami stop untuk beli ni paling murah harganya. 200 yen satu - RM8 juga tu. Tapi klasik la kedainya macam gambar diatas ni. Kat Malaysia tanahair I yang dicintai itewww aiskrim macam ni kalau kat McD pon RM2.50, tu kira paling mahal dah. Ok sila jangan convert nanti luluh hati ni baru hari kedua.
Ok boleh layan gambar kanak-kanak makan aiskrim. kalau orang tua makan berlemoih macam tu memang takdenya nak layan kan.




Alkisah bila dah jalan punya jalan tu, kami sampai kat Togetsukyo Bridge.. posing la juga.

Pakai sunglasses sebab sejuk mata bila kena angin.

Togetsukyo Bridge yang belakang tu ye. Sungai memangla sangat jernih. 

Dah siap-siap posing, kami berpatah balik ke Bamboo Grooves. Sebenarnya dekat je dengan kedai aiskrim tadi simpangnya. Kekdahnya apa boleh buat dah rezeki boleh pegi tengok Togetsukyo Bridge.


Personally, secara live i tak rasa bamboo Grooves ni cantik sangat. I rasa dalam gambar lagi cantik berbanding tempat sebenar. Tapi I la rasa camtu, orang lain I tak tahu...



Lepas berboomerang sakan kat Bamboo Grooves tu kami patah balik ke Saga-Torokko Station sebab ak naik Romantic Train. Tiket I beli masa sebelum naik Romantic Train ni. Tak kuasa nak reserve nanti takut terhegeh-hegeh duk posing sana sini melepas pulak train. So to be on the safe side, bila nak naik baru beli. Syukur orang tak ramai dan tak perlu beratur.


Yang bawah ni view dari dalam Romantic Train, sebab we oulss berdua ni je yang naik, tak rasa romantic pun dalam ni ha. Tapi kalau orang berpasangan tak tahulah kalau romantis. Tapi view cantik cuma tak faham lawak yang guide tu buat sebab dalam Bahasa Jepun. Diorang yang faham duk bantai gelak, kami pun gelakkan diorang sebab tak nak la nampak cam tak join suasana gelak ketawa tu. So buat lawak sendiri sudeh...



Semasa naik train ni dah pukul 2.30 pm. So perkara yang berlegar diminda tak lain tak bukan adalah solat. Romantic Train ni akan stop kat Torokko-Kameoka Station. Nak balik Kyoto kena la jalan kaki ke JR Umahori station. jauh juga dalam 10 minit juga jalan kaki. Nak dijadikan cerita pulak sepanjang duk jalan kaki tu pulak angin punya lah kuat dan sejuk menggigit. Bila sampai stesen kami swipe je ICOCA dan terus ke Kyoto Station.

Misinya nak cari prayer room kat Kyoto Tower, sepanjang jalan doa semoga sempat solat sebelum masuk maghrib. Prayer room kat Kansai Tourist Information Counter. I tak ingat tingkat berapa, sampai sana kena register dan ambil pass untuk guna. Yang lebih mendebarkan masa kami sampai ada orang guna pula prayer room tu. Kena tunggu sampai diorang keluar baru boleh masuk guna. Once you keluar memang automatic terkunci prayer room tu. Prayer room ada side lelaki dan perempuan. So if rombongan ada orang lelaki dan perempuan boleh masuk bersama-sama. So boleh percepatkan masa penggunaan dari duk tunggu giliran.

Tak sempat snap gambar dalam prayer room sebab sibuk berdebar kan? Haih laaa


After makan kami pergi Family Mart beli nasi. Minta diorang panaskan kemudian buka lauk Brahim dan makan bersama nasi yang dibeli di Family Mart. Duduk tepi jalan je dah maghrib pulak masa tu, memang confirm sejuk. Tapi nikmatnya makan nasi panas-panas dengan lauk Brahim tu. Budak-budak ni berkali-kali kata sedap, sedap. Ye lah anak, baru 2nd day memang sedap lagi.

Oh ya kat luar Takashimaya opposite Family mart tu ada je kerusi-kerusi, so kalau sesiapa nak makan lepas beli kat Family mart tu boleh duduk sini. Takde lah kelihatan macam gelandangan seperti kami, makan tepi Family Mart..haha.

Nampak tak kerusi tu? Boleh duduk sini dan makan dengan nikmat ye. Banyak kerusi jangan risau


Siap makan kami masuk Takashimaya kat sebelah Kyoto Tower tu. Kami berdua tak shopping pun, tapi diorang ni punya lah lama shopping mainan. Entahlah murah agaknya.


No comments:

Post a Comment