Sunday, 8 January 2017

LOMBOK PART 2

DAY 4

Breakfast di Black Penny Resort juga, dan tunggu speedboat sampai untuk balik ke Jeti Teluk Nara. Hari ni kami rancang nak ke Pink Beach, so kena teruskan perjalanan ke Pelabuhan Tanjung Luar. On the way Pak Yudi stop kat Kedai Ole-Ole dulu, beli la tshirt dengan ole-ole.. tak banyak pon kami beli.


Sampai Pelabuhan Tanjung Luar, orang boat dah tunggu kami. Sebenarnya, Adi (tokey transport) yang arrange semua, so tak yah pening-pening suruh Adi yang settle kan.  Boat ni pakej dia sekali dengan lunch. Memang berbaloi. Sebelum naik boat, kami sewa alat snorkeling kat sini. Sebenarnya tak decide pun nak ke snorkelling ke tak, tapi bila orang boat tu tanya  nak sewa ke tak kami cakap bawa je la dulu.  Nanti dah sampai destinasi baru fikir nak turun ke tak. Dari Pelabuhan Tanjung Luar ke Pink Beach naik boat dalam 45 minit. Jauh woooo.. ingatkan 45 minit pergi balik. Sekali one way 45 minit…

 
Abang bawak boat sado okeh

Akak gundah ni fikir nak snorkelling ke tak. Takkan sampai bila-bila tak buat ni.
Sampai kat snorkelling point, abah cakap jo turun, omaigodddd rinsek abis. Kami pun pakai snorkelling gear. Rehan taknak turun, dia kata experience dia kat Pualau Payar memang dasyat so dia trauma. Lepas pakai snorkelling gear terus turun okeh. Tu je dia ajar??? Alamak, cemassss... Rehan berleter sebab dia kata kat Pulau Payar siap boleh try dulu berlatih dulu. Ni alih-alih terus kecebur je.

Yang no. 1 turun haruslah abah I. Steady je dia. Sebab guide cuma ada 2 orang so I dengan Avik gilir2. Guide tu suruh kita pegang life jacket lagi satu then dia akan tarik kita ke spot-spot cantik yang sesuai.


Macam transformers dah I

Yang ni sorang taknak lepas tangga boat. Dah tu camana nak gerak?

Berjaya juga snorkeling buat kali pertama, walaupun jenuh juga kejadian dan pancarobanya.


Hitam legam hakak..

Lunch kami, paling istimewa di Pink Beach. Ikan fresh dibakar oleh pemandu boat dan lauk gulai ketam, minum air kelapa. Memang gigih diorang duk siang ikan segala nak bagi kami makan. Wah sedap dan nyaman dapat makan lauk yang dimasak oleh wife tokey boat. Kami punya pakej boat sekali dengan lunch. Ajak makan sekali sikit je makannya. Yang kami pulak bedal tak hengattt....

Gigih diorang siang ikan pastu bakar.





Bukan lauk ni saja, ada lagi sotong goreng tepung, masak lemak ketam yang wife orang bot tu masak... Nikmatnyaaa...


Selesai makan, kami kembali ke Pelabuhan Tanjung Luar, dan terus ke Puri Rinjani Resort. Actually kalau pergi masa air surut boleh singgah kat Pulau Pasir. Kat situ korang boleh acah-acah berdiri kat tengah laut la. Tapi on the way balik tu ombak dah kuat dan Pulau Pasir tu tinggal sekangkang kera je lagi nak tenggelam. Tengok boat queue nak ambil gambar punya banyak. So kami decide balik je la. Padahal takut ombak dah makin kuat. haha.. buat alasan orang ramai. 



Jauh perjalanan kami ke Kuta ni. Basically I memang langsung tak suka Kuta disebabkan anjing yang banyak di merata-rata.





Saturday, 7 January 2017

LOMBOK PART 1

Assalamualaikum,

Trip tahun 2016, ke Lombok pada 26-30 May 2016.

Alkisah ni trip birthday Avik.. so memang selalu terkena date 30 May tu.


Rangka perjalanan yang dirancang begini:



DAY 1

Kejadian sebenarnya pasti berubah-ubah punya.

Selamat sampai di Bandar Udara Internasional Lombok
Masa hari pertama ni kami bertiga sampai, selepas lalu imigresen, terus beli simkad sebelum keluar pintu airport, barulah pergi jumpa dengan supir, Pak Yudi. Lapar, so terus minta Pak Yudi bawa ke kedai makan, tapi nak yang rare, konon, hambik kau Pak Yudi bawak ke kedai paling authentic, tempat makan geng-geng otai taxi driver, hahahaaa... i order nasi campur (typical), avik order gado-gado, rehan pulak nak try soto nasi, hurmmm... agak-agak macamana rasanya? nasi campur dan gado-gado tu sedap dan pedas tapi soto tuuuu.... macam tak kena dengan selera, ada rasa kerisik yang kuat. Redho je lah.

Sabar menanti makanan, menahan lapar.

Gado-gado makan dengan nasi impit, sedap.

Nasi campoq
Dah agak kenyang perut, teruskan perjalanan nak ke Air Terjun Benang Stokel (ATBS), sebelum tu mintak Pak Yudi berhenti solat dulu, barulah sambung perjalanan hampir 1 jam lebih juga ke Rinjani Geopark.

Masjid pertama kami singgah.
Sampai di kawasan Rinjani Geopark, kami ke Kaunter Penerangan dulu untuk beli tiket, terus decide tak mau pakai ojek (motosikal) kami nak jalan kaki saja bersama tour guide, Nana.

Dengan pakej 2 air terjun Benang Kelambu dan Benang Stokel yang kononnya hanya akan ambil masa 30 minit perjalanan. Tapi apa yang jadi pada kami ialah pancit teruk dengan perjalanan pergi balik 2 jam setengah wehhh.

Hazab okehhhhh... tengok mak cik kat belakang dah pakai tongkat, Nana kat belakang tu sengih je.. Nasib kau la dik kena tunggu mak cik-mak cik ni. Dia relaks je..


Letih woo, kalau ikut hati nak mandi. Tapi malas nak salin baju lepas tu.

Padah tak cukup cergas untuk mendaki dan turun anak tangga yang tinggi. Turun saja ke kaki Gunung, Pak Yudi dah resah gelisah sebab kami sampai lambat sangat. Dia siap call bos dia cakap tamu hilang... omaiiii...

Dah nak maghrib, Pak Yudi berhenti kedai makan untuk dinner kami. Makan Ayam Bakar Taliwang, ikan dan sambal terung, wow pedas yang amat tapi sedap.

Gurame pun ada... ohh sedap


Sebab kami lapar, maka terung dengan tauhu ni bedal dulu..weiiii nikmat ooo makan tengah lapar.. tak berdosa sebab dah hiking teruk tadi



Selesai makan, terus check-in ke Alam Mimpi Resort.

Bilik kami belakang kerusi tu. Rehan siap dapat bilik sorang lagi.. Mewah you oullsss

Gitchewww siap baca-baca buku depan bilik


Cantik la Alam Mimpi ni - walaupun lepas beli tu agak ragu-ragu tapi sebab I rasa cam comel je hotel ni..lalu I teruskan jua. Memang tak menyesal - bilik cantik pool best.

DAY 2

Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi di resort dan sambung dengan berenang-renang menikmati keindahan resort ni.



Cantik dan tenang. Sehinggalah masa check-out dan kami terus ke airport pula hari ni untuk ambil mak abah i yang baru sampai dan join kami sekali dalam trip ni.
After breakfast,,, swim dulu... Yang lain tak nak turun sbb malas nak bawa baju basah...

Lama juga kami menunggu di airport ni dan sempat juga beli kacang dan anggur yang dijual oleh penduduk tempatan di sekitar airport, ramai juga yang berkelah dalam kawasan ini, meriah dan unik. Selesai jumpa mak abah, kami ke kedai makan di luar kawasan airport, makan nasi dulu. Kurang menarik kedai ni, tapi kebanyakan supir akan bawa ke sini.

Kami teruskan perjalanan ke Jetti Teluk Nara untuk naik bot ke Gili Trawangan. Dalam perjalanan singgah ambil gambar di beberapa kawasan pemandangan laut yang cantik.





2 jam juga perjalanannya untuk sampai ke jeti. Sebenarnya nak naik speedboat ke Gili Trawangan ni hanya 20 minit saja, tapi ngeri. Tawakal saja sambil mata asyik tengok life jacket. 


Nampak cam hepi, cemas hokeey



Sampai di Gili Trawangan dah terus boleh check-in Black Penny Resort. Selesai solat, kami terus keluar dan sewa basikal untuk pusing-pusing Gili Trawangan, berhenti minum air kelapa dan layan sunset.

Most speed boat tak berhenti kat jeti, so kami pun acah-acah tunggu ombak baru turun boat sebab taknak basah. Sekali terus pulak terhegeh-hegeh, nah ombak datang pukul basah sampai ke pinggang
Boat berhenti betul-betul depan Black Penny, so naik je terus check in. Dapat welcoming drink. I pilih Black Penny pasal nak private pool, tapi yang tak syoknya pool kecik. Kalau besar skit lagi mantap.





Minum sementara tunggu sunset


Balik dari tengok sunset kami ke pasar malam, baru je lepas order ikan bakar, tiba-tiba hujan turun lebat, seluruh tapak pasar malam banjir. terpaksa kami menumpang teduh di kedai makan yang lebih tinggi. Lama pulak tu duk tunggu ikan bakar tak sampai. Aduh, seksa sungguh. Selesai makan,OTW balik sempat juga beli aiskrim. Sampai resort, terjun kolam. Baguih duk ada. Happy, kolam mesti digunakan sepenuhnya.

DAY 3

Breakfast di Black Penny Resort, konon nak jogging kan? tapi langsung tak pernahnya jadi. Konon tengok orang lain punya aktiviti pergi snorkeling di Gili, tapi kami? hampeh, tak pergi pun. hayyyaaa... sudahnya, hanya rileks2 jalan-jalan, sembang-sembang, naik basikal, makan aiskrim, tart telur, kek coklat, main air laut dan balik resort, terjun kolam lagi.

Breakfast @ Black Penny, complimentary tapi tak buffet, so pilih la menunya..


Jalan-jalan, jumpa bakery dan kedai aiskrim. So makan dulu..



Mandi laut weh - bercanda kena pukul ombak sampai terkoyak seluar. Ciss baru acah-acah nak pakai seluar pantai cam gini dah koyak. besar okay koyaknya. Maka bersyukurlah ada yang bawa keluar towel hotel. Bolehlah cover line pakai towel. Hayyaaaa..memalukan..






Lepas sunburn teruk main ombak.. Kami lunch kat cafe Black Penny je. Haha langsung tak adventurous.



Balik je bilik terus terjun kolam yang ni..



Petang after solat, kami try naik cidomo untuk pusing Gili Trawangan, stop kat Ombak Villa nak cari buaian tu Hampeh tak jumpa pon, pusing-pusing hari pun panas lagi kami decide jalan balik je la. On the way tu jumpa satu cafe, decide nak minum-minum dulu sambil tunggu sunset. Lepak la esok dah nak balik..

Nice

Ni la cafenya, jangan tanya nama tak ingat


Sampai area hotel dah malam, dinner beli nasi campur, ayam goreng, murtabak kat pasar malam dan makan di resort. 

Wednesday, 4 January 2017

JAPAN DAY 3

Assalamualaikum

Berdasarkan itinerary hari ni kami ke Nara. As usual after breakfast moh la kita memulakan langkah kaki. Ni route hari ni, sebabkan Air BnB we oulls kat Fushimi Station so route hari ni tak perlu pergi Kyoto Station memandangkan Nara Park tempat rusa berkeliaran tu lebih dekat dengan Kintetsu Nara Station.

Kalau anda tak pasti dengan nama Station, just follow je tempoh perjalanan. Lepas seminit tu turun je train. Sebabkan pakai ICOCA jadi langgar je la line apa pun. Yang penting top up kalau tak cukup,

Ni lah keadaan budak-budak dalam train. Kami tak naik Limited Express sebenarnya, kami naik local train je sebab Limited Express tu kena tambah duit untuk seat - so perjalanan dalam 40 minit lebih.


Jalan kaki dari Kintetsu Nara Station memang dekat je ke Nara Park. Sampai Nara Park beli dulu biskut. 150 yen satu ikat. I rasa kami beli 3 ikat kut - maklumlah ramai.



Sebenarnya rusa kat sini boleh tahan liar. Nampak je macam jinak. Sebab kalau dia hidu bau biskut tu dia akan datang kejar. So just cakap kat dia no..no... Ada tragedi kat sini. Sebab si Nasr Affan tu tak dengar kata dia sibuk buat tergedik-gedik kononnya takut sangat la kat rusa tu. So rusa tu rasa macam di provokasi agaknya. Last-last kena tanduk dua orang budak lelaki tu, bukan tanduk-tanduk manja hokay..memang rusa macam buat stunt juga la.. Menagis juga la seround bebudak tu. So tak yah nak buat gerakan-gerakan terkejut kat depan rusa ni, nanti kena sondol.

Mak Cik ni volunteer. Dia bagi penerangan pasal Castle yang ada kat Nara Park ni. So ada la sikit pengetahuan bawa balik lepas dengar explanation dia.
Kami balik ke JR Nara Station dengan bas sebab malas jalan kaki. Tunggu je bas kat tepi jalan depan Nara Park tu. Sebab bus memang tulis JR Nara, so I memang confident la nak naik lagipun naik bus boleh swipe ICOCA kan. So jimat tenaga tak yah jalan jauh.

Misi kat JR Nara Station ni adalah untuk solat.

Ada prayer room kat sini ye.

So yang menjadikan pergerakan kami slow antaranya adalah solat. Sebabnya prayer room sini kecil je, cuma boleh muat sorang dan tempat wuduk takde. So kena bergilir ambil wuduk kat toilet dan solat.

Lepas solat, kami cari port untuk makan. Macam biasa beli nasi putih kat konbini dan makan dengan lauk Brahim. Lepas makan kami balik ke Kyoto sebab nak pergi Teramachi Shopping Street.



Teramachi Shopping Street, tak pergi pun tak apa, untuk I tiada yang menarik. Tapi shopping street kat that area memang gempak la. Semua benda ada, LV ke apa benda yang branded semua ada.

Dari shopping street ni kami balik ke Kyoto Station dengan bas, Sebab I nampak ada bas tulis Kyoto Station so memang confident je la naik.

Ok tragedi kedua hari ini, alkisahnya dalam bas mak si Nasr Affan berkenalan dengan orang Jepun, kebetulan sama-sama cikgu. Sembang punya sembang turun dari bas, nak selfie dan sambung sembang, kami yang lain dah jalan ke depan sebab nak ke Takashimaya lagi. Tengah-tengah melintas jalan tu tiba-tiba kami nampak Nasr Affan tolak stroller adik dia (adik dia Nuqman tu duk tido dalam stroller), dah la stroller tu selama ni memang susah gila nak tolak. So nampak dia dengan stroller tu berdua je tanpa mak ayah dia kami Avik pun tolong la tolak ke seberang jalan. 

Lepas melintas kami tunggu la mak ayah Nasr Affan ni kat seberang jalan. Sambil tunggu I pergi beli air. Lama lepas tu mak ayah dia muncul dengan keadaan paling panik. Sebenarnya diorang cari Nuqman dan ingat Nuqman dalam stroller tu dah kena culik. So diorang dah pergi cari merata tempat sebenarnya sebab tak nampak masa Nasr tolak stroller ikut kami. Bila tanya Nasr Affan kenapa dia tolak adik dia ikut kami, dia cakap sebab lambat sangat - so Nasr nak ikut tilong. Yang peliknya tak pernah-pernah pulak dia caring kat adik dia tu. 

Balik dari Kyoto Station ada kes lagi berlaku. Nak dijadikan cerita dalam train penuh orang, so bila sampai kat Fushimi Station, Roi dengan Azlong tak sempat keluar train sebab bawa stroller. 

Haha, cemas hokay Nuqman sebab stroller dia takde 'Dia cakap, tapi stroller tak dok' haha penting lagi stroller dari bapak dia. 

Akhirnya mereka berpatah balik dengan train lain. 
Banyak betul tragedi hari ni, moga esok lebih baik dari hari ni.