Wednesday 8 April 2015

KLEBANG COCONUT SHAKE & KUIH KERIA ANTARABANGSA


Assalamualaikum,

Entah berapa kali rasanya dah pegi kedua-dua kedai ni tapi kali ni baru sibuk nak blog...baca sangat masa terluang ye? Ok, everytime ke Melaka..untuk mereka yang masih tercari-cari niche makanan kat Melaka boleh lah try pegi minum Coconut Shake nun di Klebang dan on the way tu kalau dari Bandar Melaka, boleh berhenti dulu di Limbongan untuk beli kuih keria antarabangsa yang unik tu sebab diluarnya bukanlah gula putih yang keras macam kuih keria biasa tu.. Kuih keria ni di sira dengan gula melaka kat luarnya..... Makan panas-panas memang sedap... kalau sejuk kureng la sikit to me.. sebab semua benda makan I suka panas... sebelum makan panas dulu dalam microwave...


Ni ha rupanya kuih keria ni..

Nak alamat?

Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil
(next to Masjid Limbongan)
Starts 2pm onwards
GPS: 2.206269,102.21954

Oh..ya kat kedai ni bukan ada kuih keria sahaja, banyak lagi kuih muih lain yang boleh dibeli... 


Lepas dah shopping kuih keria dan yang seangkatan dengannya boleh la jalan kedepan sikit dan pegi minum Coconut Shake nan glamer tu... dulu-dulu bila kita pegi cari tempat, duduk dia terus datang hantar coconut shake atas meja..tak perlu order..tapi sekarang tidak lagi.... dah ada sistem lain... kita pegi pilih kuih/nasi lemak ke makanan ke pastu bayar, terus bayar coconut shake nak berapa gelas..lepas tu duduk dan order plus tunjuk resit baru dia hantar... ada kes orang tak bayar ke sebelum ni sampai tukar sistem ni?


Ginilah rupanya coconut shake yang glamour seantero Melaka ni... Sebanarnya if you ask me.. sedap sangat ke tak boleh juga nak membantu buat comparison sebabnya I memang tak minum coconut shake lain.... Kalau hari minggu datang memang jem jalan Klebang ni sebab si coconut shake ni la... Apa-apa pun kena rasa dulu.. lepas tu nak buat keputusan sedap ke tak tu tepuk dada tanya selera...masing-masing selera tak sama ye dak? Rasanya alamat tempat ni tak yah bagi kut sebabnya boleh terus key in dalam GPS pun keluar tempat nan glamer seperti ini....


No comments:

Post a Comment