Friday 17 April 2015

ACCOMMODATION @ PERTH & WESTERN AUSTRALIA

Assalamualaikum

Jum bercerita mengenai accommodation



1st night in W.A



Cervantes  Lodge.. I ambil 2 bilik for 8 people... Harga adalah (RM694.68 + 50 AUD) yang ni bayar cash upon check in sebab I tambah lagi 2 pax. harga dalam RM tu adalah untuk 6 orang.

Walaupun hostel tapi I rasa tempat ni okey dan tak begitu congested.. Kitchen pun luas untuk aktiviti masak memasak... Pagi-pagi kalau bernasib baik boleh tengok kangaroo datang minum air kat halaman depan hostel...



2nd night 



Malam ni bermalam di Anchorage Guest House, Rockingham.... I ambil 1 apartments and 2 rooms.. apartment tu actually boleh muat sampai 5 orang.. kitchen semua baru, memang sangat recommended tempat ni.. Harga untuk semua adalah 450 AUD... I bayar cash upon check in sebab I booked direct with the guesthouse...


3rd night @ Bunburry



Malam ni we all tido di Dolphin Retreat Bunburry which is YHA hostel.. Harga is RM311.10 + RM 334.72.. Accommodation ni sangat sesuai untuk orang backpackers tapi kalau berfamily bagai memang kureeeng sikit kut sebab ruangnya yang kecil dan congested..kitchen pun macam tak bersih sangat... so mood memasak hilang.. cuma ada satu je bilik yang betul2 sama floor dengan bilik air and toilet.. bilik lain tu kena turun dalam 6 anak tangga kalau nak ke toilet.. ada ruang TV depan bilik we all..so depan bilik penuh dengan orang.. kalau anda backpackers yang suka mingle around..no problem..


4th night @ Augusta Escape


Kat Augusta Escape ni I ambil 2 apartments.. 1 untuk 5 orang satu lagi untuk 3 orang.. actually apartment yang besar tu boleh masuk sampai 5 orang... untuk sesiapa yang nak pegi Cape Leeuwin Lighthouse tu boleh la consider untuk overnight kat sini sebab dekat sangat nak pegi ke Cape Leeuwin tu... so kalau sampai petang..lepas naik lighthouse tu tak perlu terkejar-kejar ke Perth ke apa... boleh duduk Augusta.. Nak check out, dropkey buh dalam kotak je pagi tu. Owner Augusta Escape ni tersangatlah baiknya..abah I tertinggal AUD1.75 ke brapa ntah.. dia siap email I suruh datang ambil... kalau tak nak ambil dia minta kebenaran nk donate kat cancer society yang dia support aja. kalau kat tempat lain haruslah minah/mat housekeeping dah kebas. 



5th night @ Albany Apartments


Albany apartment pun antara yang bersih yang selesa. Tiada complain. 1 booked 2 apartments, a big one for 5 pax and another for 3 pax. Actually ada laundry room kat sini.. siapa yang nak basuh membasuh boleh la jalankan projek laundry boleh la teruskan..malam tu lepas masak kari sejuk sangat malas nak tunggu laundry sampai siap sebab mengantuk kekenyangan... kalau discover lebih awal pasti projek dah berjaya dilakukan malam itew..


6th and 7th nights at City Stay Apartment


Ini bila dah kembali semula ke Perth City, bermalam di City Stay Apartment for 2 nights. Booked tanpa mengetahui bahawa ianya sekentut aja jaraknya dengan Watertown factory outlet (tempat di mana kacau-bilau travel itinerary telah berlaku baca sini balik ). 1 apartment utk 4 pax. Dapur lengkap dan paling berbaloi adalah ada mesin basuh dan dryer skali.. weehooo.. basuh baju back to back lah sepanjang malam tu, sanggup weih... tak penah lagi bawak balik baju yang dah siap basuh dari mana2 travel sblm ni. So masing-masing tido malam tu diselangi irama mesin basuh dan dryer silih berganti lah malam tu adanya.


8th night @ Criterion Hotel

Gambar pon takda sbb tak best sangat hotel ni. 2 bilik standard untuk stay sampai pukul 3 pagi je pon, 3.30pg dah nak check out untuk ke airport. So, malam tu packing semua barang, pergi hantar kereta, balik ke hotel jalan kaki je, makan kueteow goreng kedai tepi hotel dan terus siap sedia untuk tido sekejap sblm check out. Taxi dah mintak receptionist tu booked.

Selesai!

No comments:

Post a Comment