Tuesday 27 December 2016

JAPAN TRIP DECEMBER 2016 (ITINERARY AND BUDGET)

Assalamualaikum..

Dah lama tak update, tapi tak nak lah acah-acah bersawang blog ni sebab memang malas sebenarnya, plus tiada trip. Trip Lombok dalam draft tak habiskan sebab alasannya gambar dalam phone susah nak transfer. Boleh tak bagi alasan camtu, nak seribu daya kan?

Oklah itinerary ni memanglah entah berapa kali adjust sebab nak sesuaikan dengan budget plus nak utilize pass plus nak decide pass mana nak beli kan. Trip pula 13 hari so memang sukar skit nak plan dan plus rombongan pulak sampai 10 orang termasuk kanak-kanak ribina seramai 4 orang. So tak nak lah pegi tempat yang orang tua je kang bosan pulak bebudak kecil belum baligh tu kan?

So I persembahkan itinerary yang telah i murnikan 2 minggu sebelum trip, alkisahnya sebab beli tiket lama sangat maka banyak sangat yang difikir dan sebab tulah adjust pun banyak.

For this trip I decided pilih JR pass 7 days plus beli ICOCA+HARUKA. Icoca tu cam Touch and Go nak pakai kena top up. ICOCA+HARUKA tu macam pakej sekali dengan train to/fro airport which is HARUKA. Kami pilih Kansai ke Kyoto and time balik Tennoji St ke Kansai Airport. Kalau beli ICOCA+HARUKA dah ada kredit dalam tu 1500 JPY. kalau nak beli ICOCA sahaja pun boleh. So next day tu dah kena top up ikut kiraan I.

Yang price untuk JR tu sebab I nak kira worth ke tak beli JR tapi sebenarnya price I tulis tu salah. Actually harganya lebih mahal. So JR pass is fully utilize ikut itinerary kami. Untuk budak Nuha yang umurnya 8 tahun I memang tak tau alternatif apa sebab tiada pakej ICOCA+HARUKA. HARU sungguh, so I beli ICOCA je pastu untuk train dari dan ke airport I ikut sugestion minah Jepun kat kaunter. Hait kan aje asalkan tak lebih bajet.

Itinerary rasanya follow 60% je kut, rombongan ramai plus banyak budak plus winter siang pendek memang kacau bilau itinerary I. Sadisss tapi I pasrah. Nak pilih Air BnB pun hazab sebab rumah Jepun tak banyak toilet so at least kena la ada 2 toilet kan. 

Rough budget termasuk bawa makanan plus Wifi plus transport and accomodation is around RM6000 for adult bebudak lain-lain harga mengikut umur tak termasuk tiket flight. Tapi beg dan makanan termasuk.








Sobs sobss we oulss tak pergi Kobe, pun. Its okay give room for next trip. Japan I will come back.

No comments:

Post a Comment