Assalamualaikum
Hari ni I nak cerita serba ringkas trip percutian ke Medan gaya orang kaya gitew.. Alkisah Abah I telah mengorganize trip ke Medan untuk orang office dia. Waktu my mom tanya nak join ke tak...I terus bertanya kepada sidekicks...dan mereka terus setuju memandangkan harga dia agak murah..all in RM600 untuk 3 hari dua malam..murah kan?
So..we all bertolak dari Alor Setar ke Perlis dengan menaiki bas...amik orang2 office abah kat sana dan terus bertolak ke Penang..flight dari Penang ke Polonia airport Medan dalam kul 11 rasanya...
Sampai Medan kami disambut tourist guide dan dibawa naik bas untuk g ke rumah makan...lepas makan orang lelaki kena solat Jumaat dulu.....
Keistimewaan rumah makan di Indonesia adalah Surau..sementara orang lelaki solat Jumaat kami pun lepak kat Surau sambil dengar orang2 office abah ni duk mengomel panas sbb pakai baju tebal..kahkah..diorang ingat kita landing kat tempat sejuk..padahal Berastagi tu dalam 4 jam dari Medan....kahkahkah kesian diorang.. hihihi..
Lepas siap diorang kami naik bas..tadi on the way ke rumah makan dah rasa bas panaih semacam. .so dah suruh driver pegi baiki ekon... bila naik bas balik diorang kata dah baiki padahal panas gila..so kiteorang buat rusuhan. .last2 diorang pun tukar bas yg lebih sejuk..tp kecik cam bas mini..kami dalam tu dah macam ikan sardin....hantam sajalah labu dari nk berkuap berjam2 dalam bas..keciknya bas yang baru ni sampai duduk bertindih bahu...haii pengalaman..pengalaman...
Dari rumah makan dia bawak kiterorg ke kedai batik dan telekung... I beli juga batik sepasang..lepas tu dia g ke FO apa ke nama ntah..tapi tu satu2nya FO kat Medan...
From there baru bertolak ke Berastagi... lepas tudo bangun tido bangun diorg berenti makan durian on the way tu....sedap jugak...almaklumlah ada orang belanja...
Kami sampai Berastagi lebih kurang waktu Maghrib..singgah dulu Pasar buah..beli buah2 pelik apa yang patut..then check in dan makan malam di hotel....lepas makan terus bing je... tak buat apa dah sebab kesejukan dah semua...
Done follow sini.. heee.. salam kenal yea..
ReplyDeleteTeman Follower ke 9,
Hope sudi lah kiranya follow me back yea.. heeee..
http://tengkubutang.blogspot.com/