Saturday, 30 July 2011

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

Assalamualaikum


Disini I kongsikan kelebihan solat terawih untuk rujukan kita bersama:





1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

UMRAH 2011

Assalamualaikum....

Sebenarnya I dah berangkat ke tanah suci pada 11 - 21 Julai yang lalu... disebabkan itulah blog ni sepi je.... dan bila balik dari tanah suci .... kemalasan telah melanda dengan seteruk-teruknya....... inilah akibatnya kalau ikutkan syaitan je lebih..... I ke tanah suci berlima dengan mak, abah, adik dan tok.... Perjalanan bermula pada  Isnin 11 Julai 2011... kami berlepas lebih kurang jam 9.30 dari lapangan terbang Sultan Abdul Hamid Alor Setar ke KLIA


Sampai KLIA.. jam 10.30.... beg semua terus check in ke Jeddah... flight ke Jeddah jam 3.15 kalau tak salah I....so kat KLIA..makan2 kejap..pastu wakil TH travel bagi boarding pass dan taklimat...lepas solat Zohor we all berlepas ke Jeddah.... 


Perjalanan dari KL ke Jeddah amik masa 8 jam... ni 1st time I naik flight selama itu.. aduiiiii kalau sebelum ni g Indonesia pun dah kematu punggung I rasa..kali ni 8 jam macam2 benda yang bermain di fikiran... I sebenarnya takut naik flight ni apatah lagi bila dia bergegar2..... Tapi takpelah...sebab nak g Mekah ni... x boleh asyik fikir negatif je kan...Perjalanan 8 jam tu quite bumpy jugak sebenarnya....

We all tiba di Jeddah jam 11.30 pm waktu Malaysia..kalau waktu Saudi kul 6.30 pm baru kan.... tolak 5 jam... lapangan terbang Jeddah ni luasnya mak aiiiiiiii mmg x nampak bangunan airport pun...turun dari flight akan ada bas yang amik kita untuk bawa ke Terminal...... jauh jugak perjalanan...dalam 10 minit jugak naik bas...I rasa siap urusan paspot, visa dengan kastam ni dalam 12.30 a.m (Malaysia time)... kat sini ada beberapa check point kastam cek itu ini... tapi sebenarnya diorg ni takdelah cek sangat..sekadar buat je kut... some of them sambil check sambil main phone..selamba je... kalau kat Malaysia dah lama kena komplen... tapi 1st day sampai... x de org cakap apa2..semua concentrate nak buat ibadah je..so semua senyap je....


Siap semua urusan ambil bagasi... tunggu bas...dalam kul 1 a.m jugak la.... we all akan terus ke Madinah dari Jeddah...perjalanan naik bas dalam 6 jam.... keluar je dari airport bas berenti..beberapa org lelaki Indonesia naik dan edarkan nasi dan air untuk makan malam... nampaknya malam tu we all makan dalam bas.. ok la... I pun takdelah adventurous sangat nak g makan kat RnR dia nanti... sepanjang perjalanan dari jeddah ke Madinah takde yang menark pun..we all cma berenti kat 1 RnR untuk ke toilet dan satu lagi RnR untuk solat.. ten semua orang tido je kut dalam perjalanan....scenery pun bukit2 je dan padang pasir yang I nampak dalam kegelapan malam tu..


Sampai Madinah dalam pukul 2.00 waktu Saudi... dah sampai tu nampak cahaya terang benderang dari Masjid Nabawi... rasa macam dalam mimpi pun ada... tak percaya I dah ada kat Madinah.... tempat Rasulullah S.A.W.... perasaan jangan cakap la... tak tergambar dengan kata2..semua jadi campur aduk dah....Selesai amik kunci..we all naik bilik mandi2..pastu dah siap2 nak g sembahyang Subuh..Subuh kat sini awal...dalam kul 4.20 a.m gitu... Kat Madinah we all menginap di Anwar Movenpick...


Nilah bilikwe all... mmg luas dan puas hati..ada 4 katil... i duk ngan adik dan tok...Hotel ni sepeluang je dari Masjid Nabawi...


Macam nilah keadaan kat Masjid Nabawi ..sentiasa sibuk je dengan orang... Kat Masjid Nabawi ni semua amalan diberi ganjaran pahala seribu kali ganda..dasyat kan??

Sebenarnya I tak banyak pun gambor kat sini sebabnya untuk masuk masjid orang pompuan akan diperiksa..diselongkar beg semua ..kalau yang strict tu dia akan raba u untuk tengok u bawak kamera ataupun phone ke tak ke dalam masjid...So malas nak bergaduh ke sakitkan hati sendiri...I pun bagi je kamera kat adik I..orang lelaki dia x check..buleh je nak bawak kamera ke ape ke masuk... reason? I pun tak tahu...dan tak nak persoalkan pun...

Lepas Solat Subuh we all balik hotel untuk breakfast..then next in the itinerary is melawat Raudhah.... Raudhah adalah tempat di antara mimbar dan makam Rasullullah SAW... Raudhah bermaksud taman... Nabi bersabda..Raudah ni adalah di atara taman syurga.... sesiapa yang bersolat dan berdoa kat Raudhah ni...doanya dimakbulkan....Bila sampai ke kawasan Raudhah ni...sebenarnya kena beratur untuk masuk..kawasan Raudhah untuk perempuan ni adalah lebih kecil berbanding lelaki.....1st time masuk we all tak dapat pun bersolat kat Raudhah....cuma dapat solat belakang Raudhah je...sebabnya...bila ada jemaah yang bertolak2..keadaan jadi huru hara kat dalam... so kami disuruh solat dan terus keluar je...takpelah..ada masa lagi... boleh datang lagi...


Nilah kawasan Raudhah... Macamana nk kenal Raudha? Raudhah ni karpet hijau cam gini.... karpet2 lain kat Masjid Nabawi kaler merah.....kalau kat bahagian perempuan bukan sebesar ni kawasannya... I rasa dalam 3 tiang je kut kalau kat bahagian ponpuan (correct me if i'm wrong)..tak ingat ..tapi mmg kecil je...

Lepas ke Raudhah we all balik bilik sekejap sementara Zohor... balik dari Zohor..lunch..kemudian we all ke Masjid Quba... pegi Masjid Quba i untuk solat Tahiyatul Masjid.... kelebihannya? Siapa yang berwuduk dari hotel atau rumahnya...kemuadian dia tunaikan solat Tahiyatul Masjid di sini ..ganjarannya adalah seperti menunaikan satu umrah....Oklah nanti I sambung untuk hari seterusnya..tengah fikir bersungguh2 ape jadi hari kedua ni...

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum

Sempena 1 Ramadhan yang bakal menjelang... Saya di sini menyusun 10 jari... memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenaliku... semada kawan sekolah, kawan universiti, tusyen ke..anak2 didikku.... dan sesiapa sahaja yang pernah berhubung secara langsung mahupun tidak langsung di atas segala kekasaran, keterlanjuran dan kekhilafan sebelum ini...Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik buat kita semua...

Picture taken from ayat-ayatmanis.blogspot.com

Saturday, 2 July 2011

CAMERON HIGHLANDS OFFICE TRIP - finale

Assalamualaikum

Nampaknya setelah takde ape2 nk di blog br perasan final part CH ni tak tulis lagi... actually on the last day we all nk balik awal sbb nak terus balik Terengganu lepas tu... Pagi2 dah bangun.... 

 balcony apartment..mmg besar yg amat..dan satu apartment ni harganya rm150/night..


Al kisah breakfast kat Natasya Resort ni di hantar ke apartment masing2...Tapi kul 9 baru hantar...no choice tau..... So we all terus ke Ladang Boh Sg Palas... I dh baca byk blogger ckp scary jalan ke tempat ni sbb selekoh tajam dan tak nampak keta dari depan... we all pegi betul2 awal sbb nk elakkan byk keta.... at least takde la bahaya sgt... So bila I dh drive sendiri...my opinion mmg la jalan ni selekoh tajam gila....tp bukannya drive 100 km/j pun.... dan on the way dijamu dengan pemandangan ladang teh yang saujana mata memandang..mmg worth untuk ke Sg Palas ni untuk mereka yg dah biasa ke Bharat Tea..


 Sila berhemah sewaktu memandu...smpi selekoh bunyikan hon menandakan ada kereta sedang menuju..



 Susah payah datang..dpt mkn scone yg sedap..mmg berbaloi

 Kalau time cuti sekolah mmg tak dapat kut duk kat plantar macam ni

Nasi lemak dan teh o ais dalam kedinginan CH

 Lepas makan pegi buat lawatan sambil belajar kat Kilang Teh



Selepas spent lebih dari sejam kat sini we all ke Kea Farm untuk last shopping... pastu kena saman sbb letak keta kat tepi2 jalan tu...mana cukup parking dowh... kalau nak saman pun buat la parking banyak punya ..kalau tak letak kat situ baru saman....