Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

FOOD REVIEW: UNCLE CHUA KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum

Setelah bertahun-tahun duduk di negeri Darul Iman ni..baru minggu lepas si Avik mengecheck status kehalalan restoran ini di website Jakim... Hasilnya...


So apa lagi, malam ni kita p dinner situ...

Restoran ni konsepnya lebih kurang macam Paparich tu la..masuk duduk, waiter hanto menu pastu tulis order atas kertas, picit loceng waiter datang collect order.. done.. hati pun tak sakit duk tercongok2 tunggu waiter yang buat-buat tak nampak bila kita masuk.. I memang sangat suka konsep tulis order pastu datang kutip ni, minimize the risk yang lain diminta yang lain sampai dan tak payah nak berkomunikasi sangat dengan orang... sindrom orang tua malas nak bersosial

So menu yang we all pilih adalah

 Koteow goreng ni memang serius sedap..ayam ada... udang ada..kucai dan tauge..just the way i like it.. seriously will keep on ordering after this



Dim sum ni chicken filling.. sedap juga..kata Avik freshly made bukan yang frozen.. entahlah..yang penting sodap..

Selain Uncle chua I ada juga mengecheck restoran-restoran lain kat Terengganu ni... antaranya Tappers, Paparich dan restoran apekebenda depan Secret Recipe tu kat web Jakim...namun keputusannya hampa...So cancel lepas ni tak mau pegi makan tempat-tempat ni dah....kecuali bila dah dapat sijil halal.....


Monday, 25 May 2015

FOOD REVIEW: QAWA COFFEE KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum

Last Thursday we all telah pegi mengopikan diri di Qawa Coffee, Jalan Budiman Kuala Terengganu. Bukan la tempat baru buat I sebab we all dah beberapa kali menapau kat sini, tp sebab Cak n Nina datang dari Kuantan so diorang request nak ngopi di sini.. Al sebab kenapa we all tak penah dine di sini adalah open air concept..masa siang panas yang amat masa malam nyamuk pulak mengganggu ketenteraman. Decoration wise, memang cantik...

I macam biasa mengorder Vanilla Frapuccino, for me sedap. Creamy green tea pilihan Nina katanya kurang berkrim. Cak order Mocha Hot.. no komen.. sedap pun tidak tak sedap pun tidak... Pok Nasr (si budak kecik) order Peach Tea... dia kata sedap... Avik order kopi jugak tapi I tak ingat apa..





Ni meat lover, i tak suka sangat rasanya..mungkin next time boleh order chicken slice. Yang sebelah sana tu smoked salmon.. dah hampir habis.


makan we all order Meat Lover and Smoked Salmon sandwiches... komen diorang dua-dua sedap.. 5 air dan 2 sandwiches cost about RM84... quite mahal from my point of view sebab kalau lepak kat Gloria Jeans aircond dan tak kena nyamuk... tapi support la anak bangsa ye dop..for me kedai ni okey konsepnya cuma mungkin boleh buat bahagian aircond untuk orang-orang tak nak merokok and tak nak di geget nyamuk..kahkahkah.. i definitely will buy again and again..tp of course la take away...







Budak kecik ni lepas minum Peach Tea nak kencing tapi Qawa tiada toilet..jadinya nak kencing kat rumput la kata dia..


Monday, 11 May 2015

FOOD REVIEW: PASTA MANIA KLIA2

Assalamualaikum,

Selepas trip ke Ho Chi Minh tempohari, diriku dilanda gundah, alkisahnya nak menipu padahal malas... trip Ho Chi Ming (gitu gayanya, pandai2 tukar jadi G) rasanya tak perlu kut nak update apa2 memandangkan ia trip balik kampung je untuk diriku.. orang lain trip balik kampung Korea... I g Saigon je la... haha.. rezeki masing-masing... Jangan merepek boleh?

Sebenaunye I nak mereview restoran Pastamania KLIA2 yang telah ku jatuh chenta selepas pertama kali menerainya terutama sekali dia punya Beef Pepperoni Pizza... memang wallah... rasanya Dominos pon kalah... haishhh memang sedap sampai sekarang pun duk telan ailior... gulp!

Tergugat iman cek sewaktu menghapload gambau ini... Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim....


Selain pizza we all jugak mengoder Prawn Olio yang jugak I kategorikan sebagai sedap pada malam tu mungkin sebab dia nak perabih stok udang jadi banyak sangat udang dalam olio tu dimana setiap suapan ditemani dengan ketulan udang yang segar dan manis.. amacam? over tak keterangan I. sebab apa I kata dia nak perabih stok udang? sebab lepas balik dari Saigon, i p breakfast kat sini... si Avik order lagik Olio dia..tp udang tak sebanyak I makan kul 11 malam hari tu.... jadi logik tak explanation I.. tapi rasa sedap jugak... cuma nikmat kurang sikit..mai nak tunjuk 


Disebabkan oleh tamak haloba, maka haruslah order 1 side dish di malam hari itew jam menunjukkan 11.30 malam.. apa kes melantak dasyat sikit hakak oiii... Side dishnya adalah....





Chicken wing dia taste wise okey..tapi tak la tergolong dalam paling sedap dimuka bumi memandangkan ayam dia a lil bit kering... kalau juicy sikit lebih nikmat.... nampak tak pizza kat belakang tu yang da hampir habis... telah ku katakan memang sedap...

melambung puji macam dapat komisen je akak ni...

Disebabkan I pegi Pastamania ni 2 kali...maka adalah menu yang berlainan I try..x kan nak order sama sebijik everytime... ko dah kenapa?

Second time tu I order Supreme Pizza... tapi from my taste bud, i prefer Pepperoni..Ni rupanya.....



For side dish pulak I order cheese goreng ke cheese stick.. ok yang ni sedap kalau makan ramai2.. kalau makan 2 orang je.. naik muak pulak nak ngabihkan....


Overall, kalau tanya I.. definitely, this place is recommended... definitely will go again...

Monday, 13 April 2015

KOAY TEOW IMAN ALOR SETAR

Assalamualaikum


Walaupun I ni orang Aloq Staq..tapi tak penah la pulak rasanya I duk review perihal koteow nan glamer plus sedap ni dekat blog I...jum I review..kut-kut sapa-sapa nak singgah Aloq Staq bulih la pi pekena dulu koteow Iman ni seround dua...

Honestly, tiap-tiap kali balik Aloq Staq pastilah I akan berusaha sedaya upaya untuk dinner dekat Koteow Iman ni... Dulu-dulu dia stall kecik saja tapi sekarang dah ada dua kedai..Oh ya selain koteow kat restoran dia ni ada macam-macam... Nasi Ayam pun okay... Roti Arab isa must try sebab gulai dia likat habaq hang... 

Jom tengok gambaq koteow yang menjilat jari ni jom...

Sila tingkatkan keimanan anda...


Ok...kedai dia kat mana? I bagi direction la ye... dari tol Alor Setar Utara..keluaq tol tu traffic light straight ja...pastu anda akan naik 1 flyover....straight lagi..pastu jumpa 1 traffic light..straight lagi.... kemudian anda akan nampak kedai Koteow Iman ni disebelah kanan anda... traffic light seterusnya buat u-turn.. pastu cari parking..pastu jangan lupa lock kereta..cari tempat duduk..order koteow satu teloq ataih... nak goyang tak mau goyang ikut suka..order ayaq ambik dadih satu..eh ke dua dadih? wallah..kenyang....


Jap I nak p cilok gambaq kedai dia kat Google


nilah rupa kedai dia..memang signboard besaq punya duk ada..pasti anda tidak akan terlepas...