Monday, 11 May 2015

FOOD REVIEW: PASTA MANIA KLIA2

Assalamualaikum,

Selepas trip ke Ho Chi Minh tempohari, diriku dilanda gundah, alkisahnya nak menipu padahal malas... trip Ho Chi Ming (gitu gayanya, pandai2 tukar jadi G) rasanya tak perlu kut nak update apa2 memandangkan ia trip balik kampung je untuk diriku.. orang lain trip balik kampung Korea... I g Saigon je la... haha.. rezeki masing-masing... Jangan merepek boleh?

Sebenaunye I nak mereview restoran Pastamania KLIA2 yang telah ku jatuh chenta selepas pertama kali menerainya terutama sekali dia punya Beef Pepperoni Pizza... memang wallah... rasanya Dominos pon kalah... haishhh memang sedap sampai sekarang pun duk telan ailior... gulp!

Tergugat iman cek sewaktu menghapload gambau ini... Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim....


Selain pizza we all jugak mengoder Prawn Olio yang jugak I kategorikan sebagai sedap pada malam tu mungkin sebab dia nak perabih stok udang jadi banyak sangat udang dalam olio tu dimana setiap suapan ditemani dengan ketulan udang yang segar dan manis.. amacam? over tak keterangan I. sebab apa I kata dia nak perabih stok udang? sebab lepas balik dari Saigon, i p breakfast kat sini... si Avik order lagik Olio dia..tp udang tak sebanyak I makan kul 11 malam hari tu.... jadi logik tak explanation I.. tapi rasa sedap jugak... cuma nikmat kurang sikit..mai nak tunjuk 


Disebabkan oleh tamak haloba, maka haruslah order 1 side dish di malam hari itew jam menunjukkan 11.30 malam.. apa kes melantak dasyat sikit hakak oiii... Side dishnya adalah....





Chicken wing dia taste wise okey..tapi tak la tergolong dalam paling sedap dimuka bumi memandangkan ayam dia a lil bit kering... kalau juicy sikit lebih nikmat.... nampak tak pizza kat belakang tu yang da hampir habis... telah ku katakan memang sedap...

melambung puji macam dapat komisen je akak ni...

Disebabkan I pegi Pastamania ni 2 kali...maka adalah menu yang berlainan I try..x kan nak order sama sebijik everytime... ko dah kenapa?

Second time tu I order Supreme Pizza... tapi from my taste bud, i prefer Pepperoni..Ni rupanya.....



For side dish pulak I order cheese goreng ke cheese stick.. ok yang ni sedap kalau makan ramai2.. kalau makan 2 orang je.. naik muak pulak nak ngabihkan....


Overall, kalau tanya I.. definitely, this place is recommended... definitely will go again...

No comments:

Post a Comment