Showing posts with label japan. Show all posts
Showing posts with label japan. Show all posts

Thursday, 14 November 2019

KYUSHU - FUKUOKA TRIP SEPTEMBER 2019 - DAY 7 FINALE

TENJIN

Masa balik dari Dazaifu kami stop di Tenjin terserempak dengan train yang boleh dine ni...Kalaulah ada halal menu boleh la join juga..diorang duk tunggu siapa lagi nak join..

Stesen Tenjin ni masuk dalam mall, so turun tangga tu terus la boleh masuk mall cuci mata dan cuci dompet sekali...

Keluar dari mall ni kami jumpa Luke Lobster, so singgah makan dulu sebelum pergi kedai Gundam. Walking distance je dari sini..

Ok jom p kedai gundam
Mak gundam, ayah gundam, atuk gundam, cucu gundam semua ada..

Manga pon ado...

After beli Gundam tu macam tak tau nak pergi mana...booking dinner dekat Matsunabe tu pukul 5pm.. so alang-alang ingat nak pergi Nishinjin Shotengai..macam shopping street tu.. 

Bila sampai... Lepas buat 1 pusingan..sendu nokss tempat ni..mungkin sebab dah warning akan taufan so orang semua berjaga-jaga... Kami decide pusing-pusing kat mall je sementara tunggu dinner time...

Tangga ke Restoran Matsunabe tu

Ready for my birthday dinner???

Inilah motsunabe itewww...

Ni sedap..fried chicken

Daging ni super sedap

After makan, kami kena pergi Rock Shop, souvenir tak beli lagi bohhh...
Beli untuk orang...jenuh la duk try...

Siap beli HRC, souvenir lain tak siap lagi. Susah weh nak cari souvenir kat Fukuoka ni. Kami cuba cari di Kawabata Shotengai... Namun bila sampai, nak keluar je stesen Kawabata dah kedengaran pasu pecah dan barang berterbangan.. Allahu.. taufan sampai jua akhirnya. Bila angin stop kami keluar dari stesen dan mendapati Kawabata Shotengai tu dah tutup weeiii... Tak putus asa lagi..kami jalan lagi..dan lagi sampai la ke Canal City sebab bila google kononnya ada kedai tshirt..tapi bila jumpa kedai souvenir tak berpatutan harga dengan kualiti..kedai tshirt yang digoogle pulak takde...

Pusing punya pusing, bila gagal kami decide nak balik je..nk buat mcmana lagi..on the way ke train station tu, nampak 7 Eleven, teringat masih ada pesanan dari Malaysia yang perlu dibeli..malam ni nak packing, so haruslah beli jua.. 7E tu kebetulan seberang sungai.. Masa nak cross jambatan tu kami dengan bunyi macam aeroplane yang sangat rendah.... Time tu kami semua betul2 atas jambatan tengah sungai..bunyi aeroplane tu diikuti angin yang sangat kuat dan diri terasa hampir terbang. Waktu tu terpaksa duduk kat tengah jambatan tu, masa tu baru tau tu bukan kapal terbang, tapi bunyi angin... Syukurlah tak kena terbang masuk sungai..huhu..

Masa balik kami decide nak naik bas je..sebab kalau naik subway kena jalan jauh skit ke AirBnB..kalau datang angin macam tadi mmg cemas wooo. Payung pun terlipat...

Kami naik train ke stesen Hakata dan tunggu bas ke Air BnB memandangkan stesen bas betul2 depan rumah. Masa dalam bas tu, ada satu rempat bas terpaksa break sebab angin lintang.. 

Pengalaman hari ni memang betul2 beharga.. di Hari Lahirku... Haha

Sampai Air BnB, kami packing dan tidur. Esok kena catch 1st train ke airport. Untuk makluman airport Fukuoka tutup ya waktu malam, jangan pulak dan overnight kat airport.. kang beku pulak kena tido luar. Esoknya hujan masih renyai, tapi taufan dan berlalu pergi ke utara, yang tinggal sisa-sisa taufan yang bersepahan...

SAYONARA FUKUOKA, TILL WE MEET AGAIN, YOU HAVE BEEN NICE TO US ALHAMDULILLAH

KYUSHU - FUKUOKA TRIP SEPTEMBER 2019 - DAY 7(1)

MY BIRTHDAY 

Malam tadi dah ada alert pasal taufan yang melanda Oita the day before.. Sebab tu cuaca hujan dan gloomy. Dijangkakan taufan tu akan sampai kat Fukuoka pukul 3 petang waktu tempata. Ada sedikit cemas sebab esok pagi nak balik Malaysia. Jangan lah stranded kat Jepun ni wehhh..

Walaupun suasana kelihatan biasa je, tapi memang la takut sebab kita bukannya pernah lalui taufan ni semua...


Ada orang tu Sugoca dia dah tak cukup..so kena beli tiket single ke Hakata Station dari Chiyokenchoguchi. Tulah belanja lagi kat vending machine.

Pagi ni kami nak pergi return Sugoca dan dapatkan balik refund deposit. Sebabnya refund cuma boleh dibuat di Hakata St. So esok pagi dah takde masa sebab flight awal.. dan train akan tukar terus ke airport. 


Sebab JR dah habis dan SUGOCA dah refund, so hari ni kami beli Fukuoka One Day City Pass yang sama macam first day tu, but hari ni kena beli yang cover Dazaifu so harganya mahal sikit.

Tempat beli pass kat Hakata St.

Pass dah ada jom la lenjan naik bas, train dan apa yang ada....

Hari ni birthday, so mulakan dengan minum di Starbucks... Apa yang special sangat Starbuks ni?

Starbucks Dazaifu Tenmangu Omotesando Store in Fukuoka is a unique concept store featuring stunning traditional woodwork with a modern feel. In this article, we introduce the special features of this store located right next to Dazaifu Tenmangu Shrine.

Pagi tadi sarapan megi sebab nak habiskan stock..so tetiba pulak boleh diarrhea la pulak. Ubat tak bawak tggl kat Air BnB, so jawapnya minum Black Tea no sugar jela kat Starbucks ni
After Starbucks, kita p beli kuih, kuih tu nama Umegaemochi Rice Cake yang glamer kat sini..most of the kedai jual kuih ni..tp ada satu kedai yang halal. Kedai halal tu nama Kasanoya...

Sedap jua tapi manis inti dia red bean.. luar dia tu buat dengan tepung pulut..

Lepas pusing-pusing kami patah balik..banyak misi hari ni nak cari souvenir la, nak p cari Gundam la... So moh la kita


Wednesday, 13 November 2019

KYUSHU - FUKUOKA TRIP SEPTEMBER 2019 - DAY 6(2)

HALAL SOBA

Kami kembali ke stesen Ogata dengan timing yang cukup untuk catch train jam 1401. Masalahnya takde penjaga stesen dan takde signage nak rujuk. So tak tau nak tunggu train sebelah mana.... 

Haaa sudah...

Kelihatan ada 3 orang mak cik Jepun diseberang stesen so kami pon tanyalah.. Oita nak tunggu sebelah mana..Diorang cakap belah sama dengan diorang.. So kami pon seberang jambatan lalu tunggu disebelah diorang
Sepi hati

Tepat pukul 1400 kelihatan train lalu dari seberang sana, kami pon cakap train dari sana.. sebab train pukul 1401 so mesti tu trainnya.. dan bila semakin dekat SAH kelihatan tertulis OITA disitu.. maka apa lagi berkejaran lah kami termasuk makcik Jepun naik jejantas ke seberang sana. Nasib kali ni ada driver, so boleh lah dia tunggu kami. Makcik Jepun berlarian sambil berkata Sumimasen Sumimasen.. apa nak buat lagi kejar je asalkan sempat... Hahaha

Akhirnya kami selamat tiba di Oita dan meneruskan perjalanan ke Hakata pukul 1511. Makan bekal dalam train je sambil menahan kesejukan stokin basah. 

Kami stop kat JR Kashii station on the way ke Hakata sebab nak pergi dinner Halal Soba dan Tempura. 

Nama kedai Yagurou Kashii Miyuki-dori.. kena jalan 450m dari JR station. 
Tu ha kedainya yang hitam tu...

Makcik ni anak dia masuk Islam. So dia masak makanan halal untuk anak dia...

Sistur terkejut nampak menu 

Sedap oiii makanan dia

Tempura terbaik katanya

Lepas makan kami naik train dari stesen Nishitetsu-Kashii ke Chiyokenchoguchi.. malam ni balik awal nk kemas beg dan basuh baju katanya

KYUSHU - FUKUOKA TRIP SEPTEMBER 2019 - DAY 6(1)

HARAJIRI NO TAKI 

Pagi ni hujan, macam biasa kehidupan di Jepun bermula awal pagi sebab nak pergi tempat jauh2 kan. Hari ni last day boleh pakai JR. So esok kita jalan-jalan area bandar je. Train dah reserve pukul 7 am dari Hakata ke Beppu.. so moh la kita...


Sampai Beppu masih ada sikit masa so kami keluar dan pergi roam around the station. Hari tu keluar pintu lain, hari ni keluar pintu opposite baru tau ada mata air panas kat sini..

Ada mercu tanda Rugby World Cup 2019, Oita tu ha..


Dari Beppu St. ke Ogata St. kami dah reserve Design and Story Train - Asoboy.



Macam biasalah boleh amik gambo dengan papan tanda..

Pramugari pon gigih laa..

Dari Beppu kami kena stop kat Ogata St. Perjalanan 77 minutes. Sampai Ogata St. kami bertiga je yang turun train, siap pakej orang kat dalam train tu pandang2 macam kami salah turun. 

Plannya nak rent basikal atau naik bas ke Harajiri no Taki. Jarak dari stesen Ogata 3.2 km. Sekali bila sampai stesen ni sunyi sepi, tukang jaga stesen pon takde. Keluar stesen satu makhluk pon takdo, apatah lagi nak sewa basikal. Whatttt????

Sepi ok.. sepi..... Hello, hello.....
Ada nampak sesiapa kat bandar ni tak?

So apa nak buat? Takkan nak patah balik? Jalan je la sisturssss... Dalam kehujanan, berpayung kasut pon mula terasa lembab, lalu dibasahi hujan...

Kami jalan sikit then nampak kedai uncle ni je yang buka... Misterius hokay..

Redha kan muka sisturrrs berpayung di dalam hujan.

Setelah bersusah payah akhirnyaaaaa...

Sabar ya belum sampai... Ada lagi 1km ya

Jalan lagi sehinggalah anda sampai ke sini
Nampak tak muka kebahagiaan...
Lepas dah puas amik gambar dari atas, dari jambatan ni boleh turun amik gambar kat bawah tu pulak...

Sorry la excited terlebih dengan kejayaan ini...

Dah siap gambar, meh la kita pulang, kena catch train pukul 1401, kalau tak tersadai kat pekan tak berpenghuni ni sampai petang... 

Girlsss. Another 3.2 km.....