Assalamualaikum
Second day di Bukittinggi. Pagi ni dalam 8.30 am we all keluar. Breakfast di hotel je...simple breakfast tapi kalau dah orang sediakan..makan je la kan.. we all bayar breakfast untuk extra person IDR50 000/day.
Orait, naik kereta pastu Pak Unchu cakap nak g Danai Maninjau dulu sebab nanti dia nak balik solat jumaat dan time tu boleh la we all merayap kat Aur Kuning.. ok setuju..jom... jauh ni Maninjau... tapi I dah set tak mau turun sampai bawah..sampai kelok 37 pon sudah la.... masalahnya sebelum sampai kelok 44 pon kena lalu beratus kelok dah...
On the way ke Maninjau stop kat perusahan silver.. abah sempat beli cincin 1, berapa ntah harganya.. tapi dalam RM around seratus lebih..ok la kan...
Lepas beli cincin teruskan perjalanan lagi..sampai kat satu tempat ni Pak Unchu cakap kacang tanah dia sedap..so dia stop dan belikan 2 bungkus... bila makan je terus menyesal sebab patutnya beli 10 bungkus kacang ni..sedap sangat..huhuh...
Ini gambar kat depan kedai silver tu...
Posing dengan pondok buruk pon bole...ingat Fauziah Nawi je ada pondok buruk... nangis ni kalu tengok malam raya
Danau Maninjau dari atas.
Style sangat la ni kata jurufoto dengan bas merah tu ha
Ok kedai ni Pak Unchu stop on the way back sebab ada view yang cantik..boleh minum-minum sebenarnya tapi we all duduk je
Sampai di Padang we all terus ke Aur Kuning.. sebabkan Aur Kuning ni pasar borong, memang horror la sikit tempatnya.. while Pak Unchu dan Abah pegi solat Jumaat, kami berempat pergi meredah onak duri dalam Aur Kuning tu..mak dapat la beli baju putih dan jubah untuk pegi umrah... harga memang murah la dalam RM50 macam tu sepasang.. Avik beli tudung bawal RM3 je kut shawl pon dapat dalam RM6 je..tapi sebab harga borong memang tak dapat tawar banyak
kedai yang mak beli baju umrah/haji
Gigih diorang melayan cari saiz Jumbo untuk orang Malaysia
Belakang Aur Kuning
Lepas membeli belah walaupun tak puas hati tak boleh tawaf semua we all gi makan, Pak Unchu kata nak bawak gi makan ikan-ikanan hari ni
Sedap juga makan ikan laut kat sini... Lepas makan we all solat sebab lepas ni nak ke Pasar Atas pulak...mak ngan Abah tak sabar nak buat spek.
Salam singgah. dapat share pengalaman orang. Saya ke Padang tahun lepas tapi dapat driver yang tak berapa OK. Rezekikan. Entrinya saya peram belum tulis.
ReplyDeleteJemputlah singgah ke blog saya yang tak seberapanya ni,
http://darihatiseorangperempuan.blogspot.com
salam perkenalan
ReplyDeletebestnyer dapat gi bukit tinggi : )