Thursday, 21 November 2019

KASHMIR - DELHI APRIL19 PART 6

Delhi Srinagar Rhapsody 6 
Kredit Penulis bersama Rehan Ishak

Gulzar sedia tunggu kami makan pagi. Breakfast kali ini jauh lebih baik, tak ‘sezuhud’ di Delhi. Roti, telur dadar, telur rebus, black tea, nasi goreng semua ada. Sedap tapi masin (orang sini makanan semua nak letak garam, tembikai potong letak garam, kacang merah rebus letak garam, yang bergoreng memanglah masin sangat). 

Di pertengahan jalan, Shabeer stop di kedai jual kekacang. Katanya rasa dulu jangan beli lagi..masa time balik nnt akan singgah semula untuk beli...



Orang memberi kita merasa la jawabnya...siap dapat bekal lagi...

Masuk je kedai diorang akan prepare welcoming drinks..which is Kahwa Tea. Saffron Tea sebenarnya

Kami singgah ladang epal, minum jus sebelum tiba ke Pahalgam. 
Lepas tu stop lagi untuk amik gambar kat scenic spot. Masa ni kau dah boleh nampak aor sungai kaler hijau dah weiii
Sampai Pahalgam. Maka mimpi buruk bermula..

Gaya sistur memang tak boleh menterjemahkan kesemua ketakutan dan azab yang bakal dihadapi..

Pahalgam betul-betul menguji ketakutan pada tinggi, kuasa dua. Dah la tak ada pengalaman daki bukit curam, skill naik kuda setakat kuda mainan marry go round tu ada lah. 😅😅



Sekali “ok maam put your foot here, and body jump”. Sedar-sedar kau dah duduk atas kuda. Masa ni kau punya degup jantung dah laju gila, walaupun cuba untuk tenang. Ini bukan gayat kuasa dua dah ni gayat kuasa seribu ok! Katanya kuda boleh sense kalau kau serabut. Bila semua dah atas kuda, tiba-tiba ..eh kuda ni dah jalan tanpa helper!. .Dia ingat kitorang ni Qabil ambak?? Setiap 3 orang ada satu guide yang akan jerit-jerit pada kuda supaya si kuda tak melencong ke tempat lain. 
Makin tinggi, makin rasa takut, serabut, rasa nak lompat turun (tapi turun kuda sendiri pun kau tak reti!!), makin lah si raja ni nak tunjuk skill extreme dia pegi daki tepi-tepi lereng/tebing yang kalau kau jatuh memang ke gaung dalam perginya. Masa ni aku rasa memang tercekik tengkuk si raja ni aku pegang besi dia, dengan segala surah, zikir, doa, mengucap kau dah baca...”its ok maam..smile maam enjoy the nice view” bila tengok muka kau dah pucat lesi atau bila kuda tu turun laluan curam “lean your back maam, body balance body balance”. Ini je lah yang kau dengar guide tu jerit. 
Dari atas tu dia main beh beh je kat kuda tu...diikuti pukulan dipungguh kuda. Lepas tu kuda pon lari turun..pandai-pandai la ko nak ke depan ke..ke belakang ke..asal tak jatuh kuda sudeeh..
Selebihnya kejap-kejap kuda ni berak, kencing dan keluar bunyi penat. Nice view ke hapa semua kau dah tak peduli. Nak menghabiskan pendakian berkuda lebih sejam ni memang nak pecah rasa jantung, dalam kepala cepat-cepat lah sampai atas bukit, nak cepat-cepat turun dari si raja ni. Menyesal tak study dulu tahap extreme bukit ni. Kalau tahu awal, memang sanggup tunggu di bawah ja dengan Shabeer. Menyesal kemudian memang tidak berguna sis 😅😅😅

Sepanjang perjalanan pergi Abg Wan asyik duk Atack Atack..kata dia.. yang sistur ni separa mengucap je la dan tak mampu enjoy..

Sekitar sejam setengah baru la sampai kat Mini Swiss ni haaaa....

View memang meletop laaaa...

Kalau ko rasa hazab ko dah lepas...ko memang silap... Perjalanan pergi adalah mostly mendaki... Bila masa pulang, kena turun bukit..ngeri nak mampussss.. 

Nampak, takde beza muka sistur hala pergi dan pulang...

Bila ko dapat kuda gila..dia suka jalan tepi tebing.... 

Hala pergi ko boleh peace lagi...

Hala balik.. Kak Na kata laki dia dah diam seribu bahasa.. Dia siap panggil, Abg..Abg..takut laki dia pengsan atas kuda agaknya.. Buktinya ko tengok la Abg Wan yang duk atack atack mase pergi..time balik muka dah macam cencorot..siap postur dah macam scoliosis dah...

Secara keseluruhannya, kuda di Pahalgam ni memang worth experience dia sebab ko yang tak pernah naik kuda tiba2 menunggang sendiri naik turun bukit..tapi kalau tanya kami.. level of difficulty dia tahap kau kena amik Travel Insurance yang cover aktiviti lasak tu laaa..

Wednesday, 20 November 2019

KASHMIR - DELHI APRIL19 PART 5

Delhi Srinagar Rhapsody 5 

Kredit Penulis Bersama: Rehan Ishak

Di Srinagar kami bermalam di Dal Lake. House boats perusahaan masyarakat di Kashmir ini ada beratus buah di sepanjang tasik. Suasana yang jauh lebih tenang, udara yang berkali ganda segar, suhu yang chill dan penghuni buminya yang rata-rata sangat “good looking” buat kami lupa panas terik dan peristiwa kurang enak di New Delhi. Bawak lori pun muka kalah hero Hindustan. 😀

Sepanjang perjalanan dari airport ke houseboat, aku qada’ tidur malam di New Delhi yang hanya dapat dua jam kerana terganggu dengan bunyi-bunyian aksi kurang menyenangkan. (Babak ni kalau dalam filem, adalah babak yang akan dipotong FINAS. Tidak sesuai untuk tontonan umum😬). Masa ni nak solat sunat pun tak dapat sebab air tak ada, air mineral sebotol kena save untuk solat Subuh. 

Aturan harian di sini sepatutnya lebih baik. Shabeer akan pandu kami ke setiap destinasi. Dia ni memang yakin dia jauh lebih handsome dari Shah Rukh Khan. Gulzar (spitting image Akshay Kumar dia ni, tak tipu!) ala butler pastikan makan siang dan malam dihidang dan bilik dibersih setiap hari. Masa ni kau rasa tak jumpa Shah Rukh Khan, ada Akshay Kumar live tiap-tiap hari pun tak apa lah. 😆😆

Anyway..after solat kami semua keluar semula untuk acara seterusnya.. before that..lets stop for lunch..

Hari pertama kami ke gardens/parks yang menjadi tumpuan di sini. 




Macam biasa, macam-macam gaya swafoto/group photo memang kalah gaya penduduk tempatan. 
Dah aku katakan diorang ni romantis...

Ada masa, kami jadi tontonan pengunjung taman yang samada tak pernah tengok rupa orang Asia atau tak pernah tengok aksi swafoto yang dah macam rakaman filem Hindustan gayanya. 

Kata Shabeer “we receive many tourist from Malaysia and Thailand now. Good bussiness. Alhamdulillah”

Pulang dari segala Gardens and Parks tu kami ada Shikara Sunset Ride.. Tapi sebelum tu singgah membeli buah-buahan..

Shikara Sunset Ride..

Masa Shikara Ride tu banyak la diorg duk himpit untuk berjualan, diorang pon akan stoo kat kedai-kedai juga. So kalau rasa berbaloi nak beli boleh la beli... 


After that is makan time, dinner memang sedap teruk la weh...
Esok kami akan tunggang kuda dan daki bukit di Pahalgam. Sebab gayat naik kuda dan gayat panjat bukit, masa ini aku masih separuh hati nak ikut aktiviti esok.

Tuesday, 19 November 2019

KASHMIR - DELHI APRIL19 PART 4

Delhi Srinagar Rhapsody 4 
Penulis bersama: Rehan Ishak

 “You need to go to ground floor maam, from there to terminal 2”. Masa ni dah tak banyak fikir. Kena cari lah signage sendiri. Jawapan semua mengelirukan 😆 Dengan kekuatan 2 keping roti bakar kami mula menolak bag ke ground floor. Mata liar mencari signage terminal 2 yang masih tak kelihatan. Di hujung bangunan baru nampak satu signage Terminal 2. Travel agent dari tadi asik call tanya kami di mana. 

Bermulalah perjuangan menolak bag sejauh 20 minit lebih perjalanan. Mata kena tengok bawah. Debu tebal takut masuk mata. Sepanjang laluan bau “semerbak” sentiasa menemani. Masa ni teringat dalam teksi tadi. Bukan tepi jalan saja kena pandang-pandang. Dalam teksi pun kena pandang-pandang. Nasib baik sebelum sandar nampak kesan ludah yang sedang mengering 😆 Euwww... kami sampai juga ke Srinagar dengan selamat..harap di sini ujian seterusnya dapat dilalui penuh tawakkal. Yang pasti Tuhan tak mahu kami lupakanNya di sepanjang perjalanan. Satu bab ke bab yang lain menuntut sabar dan Tawakkal yang bukan sedikit.

Sampai Terminal 2, travel agent dah tunggu menyambut kami. Rasanya dia pun cuak takut terlepas flight.. ternyata mereka yang lain pon belum check-in. Kami bertemu semula rakan yang lain. Urusan check in kami berempat malas fikir, cuma serah passport dan pergi ke kaunter bila aci kat kaunter panggil. Lepas tu daahhh..boleh masuk dan cari breakfast/kopi.

Shuttle bus dari terminal ke flight.. Muka happy campur redha yang tinggi...

Perjalanan ke Srinagar hanyalah sekitar 1 jam 15 minit dengan Indigo Air. Smooth flight it 
was. 
Di separuh perjalanan kelihatan hamparan Himalaya yang menakjubkan, penumpang flight seperti kami rengsa nak ambil gambar.

Akhirnya kami selamat tiba di Srinagar Airport. Setelah beberapa lama berputar diatas banjaran. Ada borang registration for Foreign Nationals yang perlu diisi.. 

Keluar dari terminal kami di sambut Shabeer, tour guide di Kashmir. Kami dibawa ke minibus untuk check in di House Boat.

Perjalanan dari airport tak lama sangat, kami sampai di Dhal Lake untuk tujuan check in dan solat. Nampak tak Shabeer gigih bawa beg turun dari bas. Sampai atas bumbung dia panjat.

Our first Shikara Ride..
Anddddd.... The House Boat.
Meriah hokey hiasan dia... Plain? Apa tu?



Monday, 18 November 2019

KASHMIR - DELHI APRIL19 PART 3

Delhi Srinagar Raphsody 3 
Penulis bersama: Rehan Ishak

Pocket WIFI ada dalam kereta lagi satu. WIFI free tak ada pulak. Ketenangan perasaan sampai 2 jam awal di terminal terus hilang serta merta.  

Salah seorang travelmate tak dapat tanggung tekanan, lalu buka roaming telefon. Tiba-tiba seorang kawan dapat message “kami di T2”. T2 tu apa? Terminal 2 ke? Airport ni ada berapa terminal pulak dah??? 😰 “This is terminal 3 maam, terminal 2 is on the other side” sambil dia tunjuk tangan ke bangunan seberang jalan. Kau nampak tulisan terminal 2 tu kecikkk ja sejauh mata memandang. Masa ni kau dah redha dah taxi driver tadi hantar kau ke terminal yang salah. Tapi kau boleh tenang lagi at least kau tak perlu nak fikir macam mana nak redah kalau kau salah KLIA Airport nak ke Subang Airport. 

Teksi tak nak bawa sebab dekat. “20 minutes walking from here maaammm”. Yang satu lagi “10 minutes from here maaammm, walking”. Kau nampak tak perbezaan besar kat situ. Yang mana satu kau nak percaya ni. Masa ni level kesangsian mengatasi segalanya. Babak drama seterusnya bakal bermula  Seksa tarik bag lorong gelap penuh debu malam tadi pun tak hilang lagi. 

Dengan berat hati nak ulangi trauma malam hari pertama, kami mulakan juga dengan tanya soalan seterusnya “How do we walk from here to Terminal 2?” I can bring you mammmm, seraya bagitau berapa rupees ko kena bayar. Sambil taknak bagitahu arah ko kena jalan juga... 

KASHMIR - DELHI APRIL19 PART 2


Delhi Srinagar Rhapsody 2
Penulis bersama: Rehan Ishak

Kata seorang lagi kawan kalau kau belum pernah bermusafir ke India musafir kau belum cukup diuji. Pagi ini, perancangan Allah itu mengatasi perancangan hambaNya. Subuh di Delhi masuk jam 430 pagi. Tekak dah sakit tertelan debu semalaman. Air tak ada! “aaa sudah...tapi air mineral ada” selesai satu bab, hajat yang lain terpaksa ditangguhkan. Belum pernah dalam hidup menunggu air dengan penuh pengharapan. Bab tak ada air ni kau ingat masalah air kat asrama kisas dulu dah dasyat dah..rupanya..Puas berwhatsapp dengan mereka dibilik lain, akhirnya Hirzi bagitahu budak reception kata bekalan air hanya mula masuk jam 6. Kena mandi jua walaupun pukul 6.30 am semua kena ready kat bawah. Semalam dah tidor bergelumang debu. 

Pose depan bilik air... lepas berjaya mandi

Kami dihidangkan dengan dua keping roti nipis dibakar garing, tak lupa Chai. “Bismillah”.

Nak makan dengan tak nak makan sama banyak je..bila tengok ane yang hantar tu berpeluh-peluh mula la ko bayangkan macam-macam

Setelah kesukaran ada kemudahan.. ulang 2x ya kawan2.

Dugaan bersiap pagi ni telah berjaya diatasi.. Apalah lagi yang akan mendatang?

Hati pagi ini cukup sabar menunggu proses susun bag dan penumpang ke dalam 3 buah kenderaan. Kami naik tanpa risau. Confirm la taxi driver ni pro. 
Sampai India ni ko rasa nak berniqab tiba-tiba

Teksi kami bergerak dulu...maka kami sampai dulu ke terminal pelepasan domestik. 2 lagi kereta masih belum tiba. 20 min menunggu kenderaan lain masih tak sampai. Masa ni kami berempat dah mula tak sedap hati dan minta supaya terus sabar untuk ujian seterusnya....